Tanya pada pasangan anda samada anda ni romantik atau tidak. Jika ya, anda harus berbangga kerana tidak semua orang dilahirkan untuk itu
PRODUK PALING LARIS
JOM LAYAN
Wednesday, December 23, 2009
Camne Nak Mulakan??
1) Duduk bersendirian dan bersandar serta kosongkan fikiran..cuba kenangkan semula perasaan pertama dan istimewa yang kita alami semasa di alam awal percintaan dengan pasangan hidup kita yang sekarang ni. Jangan pula terkenangkan 'ex-boyfriend' atau 'ex-girlfriend' yang lama-lama...jangan cuba cari masalah! Cuba wujudkan perasaan yang sama sekarang juga, terutama sekiranya sekarang berada dengan pasangan kita. Okay, now...buat apa nak buat...nak peluk ke, nak cium ke...nak pegang tangan ke...atau nak senyum sambil renungkan atau ke...sampai pasangan kita rasa pelik dan kurang selesa. Ops, kalau pasangan anda jadi marah, jangan salahkan RH...mungkin cara anda senyum tak betul kot....instead of senyum sayang...anda senyum kambing...apa tak kena marah. Buat yang tak berada dengan pasangan anda sekarang, bila dah wujudkan perasaan sayang...teruslah anda telefon isteri atau suami tercinta...kalau diaorang terus jawab...bercakaplah dengan nada yang lembut dan tunjukkanlah perasaan anda dengan memberitahu anda rindu padanya atau kalau malu nak mula...cakaplah rindu pada apa yang pasangan kita pernah buat pada kita yang kita suka. Itu tandanya menghargai segala kasihsayang pasangan kita. Tetapi pada yang tak berjaya cakap terus dengan pasangan, tak angkat telefonlah contohnya...lagi senang kot...tinggal saja sesuatu pesanan yang romantik di 'voice message' telefon tu. Dan kalau semuanya tak berjaya...yang paling mudah ambil sekeping kertas dan pen, tulislah sesuatu yang romantik dan simple dan serahkan pada pasangan kita mengikut kekreatifan masing-masing. RH dah penat otak nak fikirkan cara-cara dan method untuk point di atas untuk dikongsi di sini...
2) Cara seterusnya...carilah masa untuk anda dan pasangan anda berdua-duaan. Tak payah nak bawa anak-anak atau ajak kawan-kawan teman. Kadang-kadang bila berpeluang berada berdua-duaan sahajalah yang akan memudahkan perasaan kasih-sayang kita pasangan masing-masing. Buat yang ada anak-anak kecil...jangan jadikan alasan....jadikan satu kemestian juga sekali-sekala cari orang untuk tolong 'babysit' anak-anak...hanya untuk beberapa jam...Tak payahlah kita nak buat sesuatu dengan 'drastic' pula, jadikan kebiasaan dulu untuk keluar berdua-duaan pergi membeli-belah barang-barang rumah dan lain-lain. Janji kita laksanakan teknik secara 'natural' supaya pasangan kita tak terus hairan dan mungkin terfikir kita ni dah buang tabiat atau sebagainya!
3) Buat 'surprise' sekali-sekala. Ingat jangan buat surprise yang betul-betul 'negative surprise' sampai memudaratkan, contohnya perkara-perkara yang tidak digemari dan tidak disukai oleh pasangan kita. Yang ini RH serahkan pada anda...sebab anda sahaja yang tahu apa yang boleh buat pasangan hidup anda gembira...contoh surprise yang positif ialah beli hadiah yang kecil-kecil yang simple tapi menarik. Bukan apa, sekadar nak tunjuk rasa hati kita ketika itu. Kalau ada pasangan yang masih tidak tahu menghargai yang kuat complaint contohnya, kita biarkan sahaja, sebaliknya teruslah mengkaji apa yang boleh buat pasangan kita tersentuh hati dengan penghargaan kita. Jangan putus asa sama sekali! Niat yang baik selalunya akan berjaya juga akhirnya.
4) Cuba latihkan diri dan perasaan anda untuk memandang perkara-perkara yang baik tentang pasangan anda atau kekuatan pasangan anda yang juga pertama kali dulu membuat anda jatuh cinta dan ingin jadikan diaorang menjadi pasangan hidup anda. Mesti adakan? Sekurang-kurangnya carilah 3-5 perkara baik pasangan anda. Setelah berjaya, cubalah pula anda wujudkan perasaan bangga kerana menjadi suami atau isteri buat pasangan yang special itu. Itulah caranya yang akan membuat anda sentiasa saling menghargai. Kadang-kadang bila bercakap-cakap dengan kawan-kawan atau saudara-mara, cubalah selitkan puji-pujian buat pasangan anda, atau kalau ada yang memuji pasangan anda, anda haruslah menyokong dan mengaku kebenaran sangkaan diaorang. Ini akan membuatkan anda lebih sayang pasangan anda dan membuatkan orang luar pandang tinggi dengan perhubungan anda.
5) Ini tips yang terakhir kot...selalunya waktu tidur dan bangun pagilah yang paling bermakna di dalam hidup masing-masing. Apatah lagi pada yang sudah berumahtangga. Akhiri hari anda dengan cium dan peluk pasangan anda sebelum tidur sambil memaafkan segala kesilapan yang dilakukan sebelum-sebelum ini atau pada hari tersebut. Dan mulai lah hari berumahtangga anda dengan kata-kata yang menunjukkan anda sayang dan menghargai pasangan anda. Ini yang selalu kita terlepas pandang atau orang putih cakap 'take for granted'. Cuba anda amalkan sekali, anda pasti akan rasa bahagia dan lega dan dapat menghadapi hidup dengan lebih kuat.
No comments:
Post a Comment