PRODUK PALING LARIS

JOM LAYAN


There was an error in this gadget

Thursday, July 22, 2010

Rahsia Menambat Hati Wanita


Kadangkala orang lelaki beranggapan terlalu mudah untuk mendapatkan hati seorang wanita, namun tidak semua. Setiap manusia mempunyai hati dan naluri yang berbeza yang mempengaruhi sikapnya. Di sebalik kelembutan seseorang wamita itu terselit juga keegoaannya yang jarang mereka tonjolkan. Oleh itu kaum adam belajarlah cara untu menambat hati wanita yang anda sayangi.
Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat surprise sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke macho an kamu!.

Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.

Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh cerita orang lain kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati.

Mereka akan meletup pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting.

Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah sejuk . Mungkin kamu juga boleh cool kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

50 Tips Memikat Lelaki dan Menyatakan Rasa Cinta

Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  1. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  2. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
  3. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  4. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
  5. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
  6. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  7. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
  8. Jangan terlalu mengongkong.
  9. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  10. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
  11. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
  12. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  13. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  14. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  15. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  16. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  17. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
  18. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  19. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  20. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  21. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  22. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  23. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
  24. Mengetahui bila hari lahirnya.
  25. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  26. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  27. Manja!
  28. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
  29. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
  30. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.
  31. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
  32. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  33. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  34. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
  35. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  36. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  37. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
  38. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
  39. Jangan bersikap terlalu kuno.
  40. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  41. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
  42. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
  43. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  44. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  45. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
  46. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  47. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
  48. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  49. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

Wednesday, July 21, 2010

Jangan Sampai Dapat Surat Cinta Camni

>>> Surat Cinta Pertama

Valentine hari tu ayang tanya tang mane kite sayang kat ayang.

Time tu kite tak dapat nak jawab. Semalam ayang merajuk ngan kite, kite dah penat nak layan. Ayang call kat kite kite malas nak jawab. Tang mane erk kite sayang kat ayang? Semalaman kite duk pk soalan tu. Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang kite kat ayang sangatla kerdil. Sebab tu la ayang selalu merajuk erk? Tak tahula, setahu kite:

1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap sem kite dapat Anugerah Dekan. Bile dah kenal ngan ayang, setiap sem kite repeat paper. Sebelum kenal ngan ayang kite belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ngan ayang, keluar makan lagi nak mintak duit ngan emak kite.

2. Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je kat ayang. Kalau ade 2 buah epal, kita bagi yang besar kat ayang.

3. Kalau kite makan ikan, ayang makan tang badan ikan tu, kite pula makan tang kepala ikan tu je.

4. Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite tak pernah kutuk ayang tak cun. Tapi kite yang hensem ni ayang lagi nak kutuk ngan member depan kite, kata kite tak hensem langsung. Eera Fazira berlalu depan mata, kite diam je. Takut kalau puji kang ayang marah. Mat Indon duk depan Sogo ayang gi ngorat time kite gi tandas. Siap mintak nombor tepon depan kite lagi.

5. Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe nak makan Starbucks, kite tipu kite dah kenyang, padahal bile dah sampai kat umah kite makan mee maggi.

6. Sebelum kenal ngan ayang.., kite tak pernah ade girlfriend. Selepas ayang kenal ngan kite, genaplah koleksi ayang ada 20 boyfriend kesemuanya. Kite tak pernah marah ayang plagirl, dah tu ayang kata kite cam sami buddha.

7. Kalau ayang rasa nak cium kite, ayang cium terus tak pernah tanya pun. Tapi bile kite rasa nak cium ayang, lepas tanye lagi nak kene reject.

8. Ayang selalu pukul dada kite, tampar muka kite, cubit peha kite, kite tak pernah tengking sekali pun, apatah lagi nak cubit, nak tampar, nak pukul?

9. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta ngan laki lain, kite nak buat ape. Kite kate kite nak bunuh laki tu. Tapi bile kite tanya kalau kite jatuh cinta kat pompuan lain, ayang nak buat ape, ayang kata nak bunuh kite, emak kite, ayah kite ngan nenek kite.

10. Kite beli mask Clinique ngan ayang harga RM300 kite kate harga RM30. Ayang beli jam tangan kat kite harga RM30 ayang kate harga RM300.

11. Setiap kali berjumpe kite bagi hadiah kat ayang, tapi setiap tahun birthday kite ayang kate dah lupe.

12. Aritu ayang peluk kite kate nak sangat romen ngan kite, kite kata tak boleh, dosa. Ayang kate kite tak sayang ayang. Pastu semalam ayang pakse kite romen ngan kite. Kalau tak ayang nak break ngan kite. Ok pukul 2 pagi kite sanggup bawak motor sampai Jalan Pahang nak beli kondom. Ayang kate saje je nak test kite, pastu marah kite keji. Kite diam je duk tepi akuarium… tengok ikan emas tengah romen.

13. Kite rosakkan headphone walkmen ayang, kite ganti satu discman baru. Ayang rosakkan kerete kite, ayang buat derk je.

14. Sekali ayang demam, kite kene diet 2kg nak jaga ayang. Sekali kite demam, ayang tambah berat 2kg sebab abiskan makanan kite.

15. Kite tak pernah kata ayang pendek, ayang marah kite tinggi sangat, member ayang ketawakan ayang.

16. Ayang datang umah kite, kite tido sofa, kite datang umah ayang, kite gak yang tido kat sofa.

17. Mak kite belikan rantai Tiffany ngan ayang. Mak ayang tak pernah ajak kite makan kat umah ayang walau sekalipun.

18. Kucing umah kite bersalin, kite bagi anak kucing yang paling cute kat ayang, 2 hari je ayang bela, kucing tu dah mati. Ayang tak kate pa pe pun. Ayang bagi ikan emas yang dah dekat mati kat kite, 2 hari kite bela dah mati. Ayang kata nak bunuh semua anak kucing kite.

19. Ayang kalau nak pakai duit kite, terus ambil takyah bagitau. 30 ke 80 ke seratus ke selagi wallet kite ade duit. Aritu kite nak pinjam 10 ringgit sebab terlupe bawa wallet, ayang kate kite kedekut.20. Birthday ayang kite tak pernah terlupe. Birthday kite arini ayang tak pernah ingat.

>> Surat Cinta Ke-2

Ayang selama 5 tahun kita kapel, tiap-tiap tahun ayang mintak clash ngan kita. Kita tahu rupa kita memang la tak hensem macam orang hensem tapi hati kita jujur dan ikhlas macam orang baik-baik (Biar la kita sembahyang tak cukup pon).

1. Dulu masa mula kapel, ayang pernah cakap kat kita ayang hanya akan tinggalkan kita kalau kita curang ngan ayang sebab ayang memang xleh nak berkompromi dengan lelaki curang. Lepas tu kita tekad tak akan curang dengan ayang sebab kita takut ayang akan tinggalkan kita. Memang dalam hati tu nak jugak rasa curang cket2. Mau tak nya, kalau hari-hari 10 minah kat facebook duk “hai…” nak gak rasa balas “Hai…” balik…

Tapi sebab ayang kita klik tanda pangkah….

Tapi…

- Bila ayang chat dengan lelaki lain kita tak pernah pon marah…ayang kata kawan je..bukan ayang nak gedik-gedik pon dengan dia..kadang-kadang kita pulak yang ayang marah sebab kita merajuk bila ayang chat dengan lelaki lain. Kenapa kita kena marah?

2. Kita bagitau mak kita pasal ayang, kita bagitau nama betul, kita describe yang baik-baik je tentang ayang kat mak kita…mak kita pon senyum tak sabar-sabar nak tengok muka ayang yang macam penyu tuh…

Tapi….

-Ayang bagitau kat mak ayang kita orang JAWA(Keji sangat ke kalau orang JAWA?) salasilah keluarga kita dari INdonesia. Pahtu ayang cakap kat mak ayang, kita ni kulit gelap..eh silap..ayang cakap kita hitam gile kat mak ayang…

-Ayang describe lagi…kita ni bukan sahaja hitam, gemuk pulak tu…padahal ayang tu yang kurus kering kita gempal je…tu tanda sihat. Mak ayang pon terbayang, jawa + hitam + gemuk = kita . waaaa…baik ayang cakap je kita mat bangla lagi ok dari tu kan…

3. Dari mula-mula kita nak ngorat ayang, kita tak miss pon mesej ayang setiap hari sampai hari ni. Kita mesej ayang bukan kerana terpaksa nak mesej ayang, kol ayang…tapi memang dah xde perempuan lain dah yang nak layan kita sebab kita JAWA + HITAM + GEMUK mana ada perempuan nak kat kita….

Kadang-kadang kita saja je nak tengok ayang, nak uji ayang kalau kita kurang mesej… ayang mesej kita tak…

Tapi….

-Ayang marah kita,ayang merajuk dengan kita cakap kita dah tak sayang ayang sebab makin kurang mesej dengan ayang…Habis tu dah tahu kita kurang mesej ayang kenapa nak tunggu jugak mesej kita?? Ayang mesej la kita dulu kalau macam tu….Kita nak uji ayang je..tapi kita kena marah lagi….

4. Kalau kita pegi mana-mana ayang mesti pesan sebelum pergi dan setelah selamat sampai jangan lupa kol bagitau….

Tapi…

-Ayang kol kita hari ini cakap minggu lepas ayang balik kampung dah selamat sampai ke kg dan selamat pulang dah pon ke KL….Kalau macam tu baik ayang kol balai bomba je bagitau,biar operator tu maki ayang…kalau kita maki nanti kita kena maki balik dengan ayang.

5. Dari dulu sampai sekarang kita tak pernah hampakan permintaan ayang…cuma dah 4 kali kita merayu kat ayang supaya tarik balik permintaan untuk putus dengan kita..

Tapi…

-Minggu lepas ayang mesej kita mintak putus untuk kali ke 5 selepas 5 tahun, kita tak suh ayang tarik balik permintaan tu, jadi kita stuju dengan permintaan ayang sebab ayang kata “u stuju ke tak i tetap nak putus” waaaaaaaaaaaa……

Walaupun kita dah putus dengan ayang, kita tetap mesej ayang hari-hari…bangun tido kita mesej,nak tido kita mesej, nak pergi mana-mana pon kita bagitau walaupun SIM CARD tu sebenarnya ayang dah campak dalam kolam ikan keli…

Ucapkanlah 13 Perkara Romantik Ini

1-Ucapkan “I Love U”, sekurang-kurangnya sekali sehari. Ketahuilah bahawa pasangan anda memang perlu mendengarnya selalu.Kite akan merasa tenang apabila mendengarnye.

2-Ciuman dan pelukan setiap kali ingin berpisah dan bertemu kembali.(utk pasangan yg dah berkwen je yea...xpasal2 kena tangkap kering nnt...T______T) Hadiahkanlah si dia pelukan dan ciuman buat si dia ketika mahu ke tempat kerja dan setelah pulang ke rumah.

3-Layanilah pasangan anda seperti anda melayannya ketika sedang asyik bercinta dahulu. Perbetulkan kedudukan tali lehernya sebelum dia ke pejabat dan berpegangan tangan sentiasa walau ke mana pun anda berdua pergi.Jgn layan mase becinta je...lps kawen lg kena bnyk layan tau..

4-Janganlah terlalu cerewet. Biarkan sahaja tabiat buruknya selagi tabiat tersebut tidak mengganggu hubungan anda berdua. Dari semasa ke semasa berusahalah untuk menghilangkan tabiat yang tidak anda gemari itu. Cubalah sedikit demi sedikit agar si dia tidak terasa. Berkat kesungguhan, kejayaan pasti menjadi milik anda.

5-Sentiasa berfikiran positif. Daripada terlalu memikirkan perkara-perkara remeh tentang si dia yang kurang anda gemari lebih baik anda tumpukan kepada kelebihan serta kebaikan si dia. Dengan cara ini, anda akan lebih menyayanginya dan begitu juga sebaliknya.

6-Jika sedang marah, jangan sesekali cuba bercakap dengannya. Tinggalkan sebentar si dia sambil anda tenangkan fikiran. Berbincang ketika marah hanya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh yang demikian, setiap kali anda rasa marah dengannya, ambil masa beberapa minit untuk keluar daripada perbincangan tersebut dan kembali setelah perasaan anda kembali tenang.

7-Jangan sesekali menggunakan kelemahannya sebagai senjata untuk menentang mereka. Hal ini akan membuatkan si dia tambah benci pada anda dan secara automatik kasih sayang antara anda berdua akan berkurangan dan lama-kelamaan akan hilang tanpa anda sedari.Jgn suke ambil kesempatan di atas kebaikan si dia.

8-Utamakan yang tersayang dalam apa-apa hal sekalipun. Misalnya jika anda perlukan teman untuk ke satu-satu tempat, ajaklah si dia dahulu sebelum anda mengajak rakan sepejabat.Jangan harap la Mr.Hubby aku nak bagi aku kuar sndr w/p ade transport sndr...kena bekepit je...so sweet..i LiKe!

9-Hormatilah pasangan anda. Jangan sesekali bongkar kelemahan si dia kepada rakan-rakan walau pun kepada rakan karib anda. Setiap kali berbual-bual dengan rakan-rakan tentang pasangan, sentiasalah katakan si dia adalah pilihan terbaik anda dan anda berdua saling sayang-menyayangi.Kerana dialah yg terbaik utk kita...

10-Sentiasa cari masa untuk bersama. Pastikan anda ada masa untuk bersamanya setiap hari. Lebih banyak masa dapat anda luangkan bersamanya, lebih erat hubungan anda berdua.Menonton besama,makan bersama...bnyk lg acara blh dilakukan bersama...

11-“Maafkan saya.” Jika bersalah, janganlah teragak-agak untuk meminta maaf. Namun, setiap kali anda meminta maaf setelah melakukan kesilapan, sematkan dalam diri itulah kali terakhir anda melakukannya. Mintalah maaf dengan bersungguh-sungguh dan berjanjilah pada si dia yang anda tidak akan mengulangi kesilapan lalu. Ketika meminta maaf jangan sesekali gunakan perkataan ‘tapi’ misalnya, “Saya minta maaf tapi ...” Hal ini kerana perkataan ‘tapi’ hanya akan membuat si dia berfikir dua kali untuk memaafkan anda.

12-Pujilah si dia selalu. Manusia tidak kira tua ataupun muda memang suka dipuji. Kata-kata pujian pada pasangan akan membakar semangatnya untuk sentiasa bersama anda.

13-Jika anda sering mengucapkan terima kasih pada juruwang, pemandu teksi, pelayan restoran apa kata kalau anda teruskan amalan berterima kasih ini pada pasangan. Tentu si dia akan rasa anda lebih menghormatinya.

Sambutan Hari Jadi - A Romantic Birthday Wishes

Thinking of you with love on your birthday and wishing you everything that brings you happiness today and always.

To the world, you may be one person. But to me, you are the world.

It’s as easy to stay in love with you as it was to fall in love.

Happy Birthday my love!

It is not being in love that makes me happy but it is being in love with YOU that makes me happy.

With each year I love you more and more.

I’m enthralled by your beauty, mesmerized by your charisma and spellbound by your love. No wonder I am always thinking about you.

It’s always a treat to wish Happy Birthday to someone so sweet.

My heart for you will never break. My smile for you will never fade. My love for you will never end. I love you.

Happy Birthday my dearest and sweetest, not a day goes by when I do not think of you and how empty my life would be if you were not here.

With each year I’ll love you more. Remember that your best years are still ahead of you and I’ll be there for every up down and in between.

Because you’re the gift in my life, I give you my gift of love.

Happy Birthday my love. I’m so glad we’re spending it together.

I love you more than I did yesterday, but not as much as I will tomorrow.

I am so glad that I can share this special day with my favorite person.

Sending you my love on your birthday and everyday.

It takes only a few seconds to say I love you but it will take me an entire lifetime to show you how much.

You get lots of greetings for your birthday but this one comes to you with all of my love.

It’s not important that this day is your birthday. It’s important that everyday is your day and you are mine!

Next to you is one of my favorite places to be. Happy Birthday

It must have been a rainy day when you were born because the heavenswere crying because it lost its most beautiful angel.

When we’re together or when we’re apart, you’re first in my thoughts and first in my heart. Have a wonderful birthday.

credit to : http://www.birthdaymessages.com/

70 Ayat Yang Boleh Mencairkan Lelaki

credit to : selangor2u.com

1. All I care about is being with you forever.
2. All the gold and diamond in the world are not enough to buy the love I have for you.
3. God created you for just for me.
4. I am addicted to your love.
5. I am crazy about you.
6. I cannot live without you.

7. I cannot stop thinking about you.
8. I did not mean to hurt your feelings.
9. I do not want to wake up from this wonderful dream with you.
10. I feel safe when I am with you.
11. I get lost in ecstasy when you make love to me.
12. I have finally discovered true love – you.
13. I love talking to you.
14. I love the way you make love to me.
15. I miss your hugs and kisses when we are apart.
16. I thank God for the day he brought you into my life.
17. I want to spend forever with you.
18. I will give anything to be with you.
19. I will give you my heart, my body, and my soul.
20. I will go with you to the ends of the world as long as you keep loving me.
21. I will rather be broke than trade your love for a million dollars.
22. I will travel a thousand miles to be with you.
23. I wish God had brought you to me sooner.
24. If anything happens to you, I will go crazy.
25. If I could I would make love to you a thousand times.
26. If I had to live life over again, I would live it with you.
27. If loving you is a sin, then let me be guilty.
28. If our love is blind, then I never want it to see the light of day.
29. Life without you will be like going to sleep and never having sweet dreams.
30. Loving you feels like heaven.
31. Loving you has made life even sweeter.
32. Loving you has made my life so full of joy and happiness.
33. My heart cries when we are apart.
34. You are my love, my heart, and my life.
35. No man has loved me the way you love me.
36. Nothing will ever stop me from loving you.
37. Ooh sweetie, you are so good to me.
38. Your warm hugs and your tender kisses are more precious than gold.
39. Talking to you is like sipping the most delicious wine – I want it to last forever.
40. The times we spend together are like precious gems that money cannot buy.
41. Time stops when you hold me in your arms.
42. When I am with you, my troubles seem to melt away.
43. When I look at you I see a man that I find irresistible.
44. Words are not enough to express how much I love you.
45. You are my prince.
46. You are my soul mate.
47. You are the most important person in my life.
48. You are the music that makes my heart sing.
49. You are the only man I ever want in my life.
50. You are the other half that makes me feel whole.
51. You are the perfect man for me.
52. You are the sweetest man I know.
53. You bring nothing but love, peace, joy, and happiness to my soul.
54. You bring so much joy and happiness to my life.
55. You love me gently.
56. You make me feel like a woman.
57. You make me feel so good I want to kiss you from your head to your toe.
58. You make me want you more each day.
59. You treat me like a princess and I love you with all my heart.
60. Your are the kindest man I know.
61. Your caring words touch the deepest part of me.
62. Your hugs and kisses melt my heart like chocolate ice cream on a warm summer day.
63. Your kisses are like warm chocolate on a cold winter night.
64. Your kisses are so good I feel tingles all over.
65. Your love is like a solid rock that will never break.
66. Your love is so good I can’t get away even if I wanted to.
67. Your love warms my heart like the glow of a candle light in a midsummer night’s dream.
68. Your loving whispers in a moon-lit night are like soothing wine, they put me in the mood.
69. Your smile is so comforting it makes my tears go away.
70. Your gentle touch sends chills up and down my spine.

Boleh cuba-cuba guna ok untuk wanita. Mungkin boleh juga untuk digunakan oleh lelaki kepada teman wanita anda/ isteri.

9 Perkara Romantik Semasa Bercinta

(Credit 2 gua.com.my)

Di alam percintaan, kalau boleh semua perkara mahu dilakukan bersama-sama. Jika diberi peluang, sesaat pun anda tidak mahu berenggang dengan pasangan anda. Apatah lagi jika anda masih di awal percintaan.

Namun harus diingat, bukan semua pasangan dapat meluangkan masa yang banyak bersama. Jadi, apa kata anda cuba beberapa aktiviti yang disenaraikan di bawah yang dikatakan mampu memberikan sensasi berbeza kepada jalinan cinta yang terbina.

1. Menikmati pemandangan indah matahari terbenam bersama-sama.

2. Berduaan berjalan di dalam hujan. Mungkin agak aneh bagi sesetengah pasangan, namun bagi mereka yang pernah mencuba, aktiviti ini mampu membahagiakan serta meredakan tekanan.

3. Kenal pasti wangian kegemaran pasangan anda. Apabila anda keluar bersamanya, semburkan sedikit wangian tersebut dan lihat reaksinya. Sudah tentu pasangan anda menjadi lebih rapat dan manja di sisi anda.

4. Bertukar hadiah. Tidak perlu mahal, cukup sekadar sekotak coklat atau sekuntum bunga mawar.

5. Letakkan sekeping nota cinta di poket atau di dalam diarinya tanpa disedari. Apabila dia membaca nota cinta itu, si dia tentu akan tersenyum sambil mengingati anda.

6. Menyanyikan lagu cinta untuknya. Anda tidak semestinya bersuara merdu untuk tujuan ini. Cukuplah jika mesej yang cuba anda sampaikan berjaya diterimanya. Hatinya pasti tersentuh dengan segala usaha yang telah ditunjukkan oleh anda.

7. Pegang tangannya, pandang tepat pada anak matanya, cium tangannya dan letakkan di hati anda. Pasti si dia angau dengan perlakukan anda itu.

8. Menonton filem romantik kegemarannya. Sesekali ubah selera anda yang sukakan cerita-cerita seram dan ganas. Si dia pasti akan menghargai usaha anda itu.

9. Jangan sekali-kali lupa untuk memberikan kucupan selamat malam kepada pasangan anda. Mungkin ada yang beranggapan ianya remeh, namun terdapat pasangan yang mengakui kucupan selamat malam merupakan aktiviti paling romantik yang dilakukan selepas penat bekerja seharian.

Tuesday, July 20, 2010

Cipta Suasana Romantis

Wanita memang sukakan sesuatu yang romantis namun lelaki pula tak semuanya mahu bersikap sedemikian. Demikianlah percanggahan yang selalu berlaku. Melakukan perkara-perkara romantis bersama pasangan mampu menambah lagi keintiman dan kemesraan. Malah melalui masa-masa romantis mampu menyegarkan sebuah perhubungan.
Perkara ini tidaklah terhad kepada pasangan suami isteri yang muda saja, mereka yang telah berusia juga harus mempratikkannya. Sikap inilah akan mencipta kesetiaan dan kebahagian yang berkekalan.
Walaupun usia kita semua sekarang ini hampir mencicah setengah abad tapi aku fikir kita juga perlu membuatnya.
Di sini aku berikan beberapa tip yang mudah dimana kita boleh mencuba dan mempratikkannya.
  1. Bercerita di kamar
Habiskan waktu bersama di dalam bilik tidur dengan saling bercerita dan tertawa. Bagi memberi kesan yang lebih romantis pasangkan lampu yang tidak terlalu terang atau nyalakan lilin. Pun begitu tidak semestinya berakhir dengan seks. Duduk berdua bercerita dalam pelukan cukup merasa kebahagiannya.

2. Berkelah bersama

Mengisi waktu santai dengan berkelah adalah aktiviti yang menyenangkan.Kita dapat mendekatkan diri dengan alam.

3. Menonton DVD

Duduklah berdekatan berdua dengan melayani cerita-cerita berkisar tentang percintaan.

4. Mandi bersama

Aktiviti mandi dan berendam bersama pasti menyeronokkan. Lakukan juga aktiviti urutan pasti akan menjadi kenangan bersama. Lakukan selalu.

5. Alunan muzik

Muzik satu elemen yang mampu melembutkan jiwa sepanjang malam. Lagu dan muzik lembut mampu menstimulasi parasaan kita.Dengarkan lagu-lagu romantis dan sediakan makan malam istimewa untuk dinikmati bersama.

6. Duduk berdua di rumah

Kita boleh cipta duduk berdua di rumah dengan mengambil cuti daripada menjaga anak. Hantar anak ke rumah ibu bapa kita. Habiskan masa bersama dengan tenang dan bersembang berdua yang mampu menimbulkan bibit keintiman.

7. Rawatan istimewa

Sisihkan sedikit masa untuk memberikan rawatan istmewa. Lakukan urutan pada tubuh secara bergilir-gilir. Guna minyak pati agar mendapat kesan yang lebih menyenangkan.

Marina Bangkitkan Rasa Ghairah

(Petikan KOSMO)

BAIT-BAIT lirik lagu My Heart Will Go On oleh penyanyi Celine Dion yang berkumandang saat berlayar di perairan Selat Melaka umpama satu dendangan hipnotisme. Seakan-akan tidak terasa diri meredah lambungan ombak. Apatah lagi jika sedang merangkul erat bahu orang tersayang.

Keasyikan lagu tema dari filem Titanic itu benar-benar membangkitkan mood pelayaran. Itu belum disuntik elemen tambahan seperti sapaan bayu lembut dan sang suria yang melabuhkan warna senja di horizon laut.

Peluang belayar sejauh hampir dua kilometer dari pesisir pantai di Port Dickson, Negeri Sembilan bersama kapal layar katamaran selama tiga jam terasa sungguh eksklusif.

Hanya ditemani kapten kapal yang mengemudi haluan, pasangan yang meraikan saat romantis tentunya akan menghargai momen tersebut. Biarpun detik itu sungguh istimewa, tiga jam bukan satu tempoh yang panjang. Tidak sedar ia cepat berlalu!

Keindahan malam tidak berakhir di situ. Saat kapal itu mendekati marina, pasangan yang bercinta akan disambut pantulan cahaya neon jingga di atas riak air. Cahaya yang datangnya dari bangunan hotel itu sebenarnya menjanjikan sesuatu yang lain.

"Saat-saat romantis tersebut bagaikan terasa sekejap. Namun mood cinta yang dibawa pulang dari pelayaran yang mengasyikkan sebentar tadi perlu diteruskan. Makan malam indah bersama pasangan mengambil tempat di lokasi tersebut," ujar Pengurus Jualan Admiral Marina Berhad, Mohamad Rhuad A. Rahim.

Dengan disaksikan cahaya lilin, suasana romantis pasti terbangkit kerana disediakan ruang khas eksklusif bagi pasangan yang berbulan madu meraikan makan malam bersama tanpa gangguan sesiapa.

"Semua aktiviti itu dapat dialami bersama sekiranya pasangan memilih untuk berbulan madu mahupun bercuti di Hotel Avillion Admiral Cove (HAAC) di Port Dickson, Negeri Sembilan.

"Ini adalah satu-satunya hotel di Port Dickson yang mempunyai marina sendiri yang bertaraf antarabangsa yang dikenali sebagai Admiral Marina & Leisure Club (AMLC)," terang Mohamad Rhuad.

Rai pengantin baru

Mengabadikan momen-momen indah di atas kapal layar dengan persalinan pengantin baru juga pastinya membuatkan pasangan lain cemburu saat melihat foto-foto bahagia anda.

Pilih sahaja sama ada ingin melakukan sesi fotografi di atas kapal atau pun di sekitar pelantar dengan berlatarbelakangkan kapal-kapal yang bersidang di marina itu.

Tidak perlu untuk berkunjung ke Cape Town, Afrika Selatan mahupun Monaco bagi mendapatkan latar belakang indah seperti itu kerana dengan perjalanan sejauh hanya 110 km dari Kuala Lumpur, anda boleh merakamkan 1,001 sudut panorama spektakular.

Menurut Mohamad Rhuad, situasi sebegitu pasti menjadi saat bahagia untuk pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan mahupun kepada pasangan yang ingin mengabadikan kenangan terindah bersama di situ.

"HAAC adalah suatu gabungan unik antara sebuah hotel bertaraf antarabangsa dengan rumah kelab marina. Hanya terdapat tiga resort di Malaysia yang mempunyai keunikan seperti itu termasuklah di Langkawi dan Kota Kinabalu," ulasnya.

Menurut Pengarah Jualan Avillion Admiral Cove, Fazrizah Noor, pasangan yang ingin meraikan tempoh bulan madu di hotel itu boleh memilih pakej Romantik Interlude dengan tawaran harga RM855++ iaitu untuk menginap di Straits Studio dan Executive Studio (RM915++).

"Pakej ini menawarkan tempoh penginapan selama dua malam di HAAC dengan pelbagai aktiviti lain termasuklah makan malam dengan cahaya lilin, pemberian sebotol jus sparkling dan sekotak coklat.

"Apa yang lebih menarik dan tidak ditawarkan di pusat peranginan lain di Port Dickson adalah pelayaran bersama Avillion Cruises selama tiga jam untuk dua orang dengan menaiki kapal layar bernama Catiana.

"HAAC turut dijadikan pilihan pasangan pengantin pelbagai bangsa untuk mengadakan majlis persandingan dan perkahwinan mereka di sini.

"Sehingga kini, majlis yang paling meriah adalah majlis perkahwinan satu pasangan pengantin berbangsa Cina yang menjadikan kapal mewah (super yacht) yang berlabuh di marina kami sebagai lokasi acara pernikahan dan juga acara tradisi iaitu upacara minum teh.

"Suasana yang menarik dapat disaksikan apabila pengantin itu mempersembahkan teh kepada kedua-dua ibu bapa mereka sebagai tanda mendapatkan restu sambil belayar di AMLC," katanya.

Pasangan pengantin yang ingin mengabadikan hari bahagia dalam suasana penuh kelainan boleh menyewa sebuah kapal mewah pada kadar tawaran harga bermula dari RM8,500 untuk tempoh tiga jam pelayaran.

Pasti ia akan menjadi kenangan terindah pasangan pengantin baru apatah lagi meraikan hari bahagia bersama ahli keluarga dan sanak saudara di lokasi perkahwinan yang mewah.

Pengalaman sebagai anak kapal

Saat indah berlayar di lautan itu bukan sahaja hanya boleh dirasai pasangan yang hangat bercinta, tetapi tetamu yang mengambil pakej biasa saat menginap di Hotel Avillion Admiral Cove.



"Dari segi kos, merancang percutian bulan madu anda sambil berlayar menyaksikan lautan luas memang berbaloi jika memilih HAAC. Ia lebih efektif kerana ia berdekatan dengan Kuala Lumpur dan tidak mengambil masa untuk sampai.

Berkedudukan di latitud 144 02º 28' 75 dan longitud 101º 50' 40, HAAC adalah satu-satunya marina bertaraf antarabangsa berdekatan Lembah Kelang dan Melaka yang menawarkan pakej untuk pasangan meraikan saat bahagia.

Anda hanya perlu membuat bayaran tambahan sebanyak RM100++ seorang untuk turut menjadi tetamu di atas kapal layar Catiana.

Kanak-kanak berumur di antara empat hingga 12 tahun pula hanya dikenakan sebanyak RM50++ bagi pelayaran tersebut.

Terdapat dua waktu yang boleh dipilih untuk berlayar dalam tempoh tiga jam bersama Catiana sama ada pada pukul 10 pagi hingga 1 petang atau 5 petang hingga 8 malam.

Uniknya pelayaran bersama Avillion Cruise adalah kerana peserta yang menjadi anak kapal kepada Kapten Rudy akan dibenarkan merasai pengalaman untuk mengemudi, menaikkan layar dan menarik tali kapal sepanjang pelayaran.

Ia pastinya menjadi sebuah pengalaman yang mengujakan kepada sesiapa sahaja yang merasainya.

ANDA MENCARI SESUATU??? TAIPKAN KEYWORD ANDA DI SINI

VIDEO BEST KHAS UNTUK KORANG

Lagu Romantik

Powered by eSnips.com