PRODUK PALING LARIS

JOM LAYAN


Tuesday, July 20, 2010

Cipta Suasana Romantis

Wanita memang sukakan sesuatu yang romantis namun lelaki pula tak semuanya mahu bersikap sedemikian. Demikianlah percanggahan yang selalu berlaku. Melakukan perkara-perkara romantis bersama pasangan mampu menambah lagi keintiman dan kemesraan. Malah melalui masa-masa romantis mampu menyegarkan sebuah perhubungan.
Perkara ini tidaklah terhad kepada pasangan suami isteri yang muda saja, mereka yang telah berusia juga harus mempratikkannya. Sikap inilah akan mencipta kesetiaan dan kebahagian yang berkekalan.
Walaupun usia kita semua sekarang ini hampir mencicah setengah abad tapi aku fikir kita juga perlu membuatnya.
Di sini aku berikan beberapa tip yang mudah dimana kita boleh mencuba dan mempratikkannya.
  1. Bercerita di kamar
Habiskan waktu bersama di dalam bilik tidur dengan saling bercerita dan tertawa. Bagi memberi kesan yang lebih romantis pasangkan lampu yang tidak terlalu terang atau nyalakan lilin. Pun begitu tidak semestinya berakhir dengan seks. Duduk berdua bercerita dalam pelukan cukup merasa kebahagiannya.

2. Berkelah bersama

Mengisi waktu santai dengan berkelah adalah aktiviti yang menyenangkan.Kita dapat mendekatkan diri dengan alam.

3. Menonton DVD

Duduklah berdekatan berdua dengan melayani cerita-cerita berkisar tentang percintaan.

4. Mandi bersama

Aktiviti mandi dan berendam bersama pasti menyeronokkan. Lakukan juga aktiviti urutan pasti akan menjadi kenangan bersama. Lakukan selalu.

5. Alunan muzik

Muzik satu elemen yang mampu melembutkan jiwa sepanjang malam. Lagu dan muzik lembut mampu menstimulasi parasaan kita.Dengarkan lagu-lagu romantis dan sediakan makan malam istimewa untuk dinikmati bersama.

6. Duduk berdua di rumah

Kita boleh cipta duduk berdua di rumah dengan mengambil cuti daripada menjaga anak. Hantar anak ke rumah ibu bapa kita. Habiskan masa bersama dengan tenang dan bersembang berdua yang mampu menimbulkan bibit keintiman.

7. Rawatan istimewa

Sisihkan sedikit masa untuk memberikan rawatan istmewa. Lakukan urutan pada tubuh secara bergilir-gilir. Guna minyak pati agar mendapat kesan yang lebih menyenangkan.

No comments:

Post a Comment

ANDA MENCARI SESUATU??? TAIPKAN KEYWORD ANDA DI SINI

VIDEO BEST KHAS UNTUK KORANG

Lagu Romantik

Powered by eSnips.com