PRODUK PALING LARIS

JOM LAYAN


Monday, December 28, 2009

Cinta Romantik

Budaya Barat memberi nilai yang amat tinggi kepada tingkah laku yang diistilahkan sebagai 'cinta romantis' maka itulah sebabnya kita dapat melihat orang-orang Barat bersikap amat romantis dengan pasangan mereka. Tetapi bukan semua budaya kenal tingkah laku cinta romantis. Dalam banyak budaya lain, anggota-anggotanya tidak kenal pun kepada tingkah laku itu.

Budaya Melayu antara banyak budaya yang pada asalnya tidak kenal tingkah laku yang disebut cinta romantis. Itulah sebabnya bahasa Melayu tidak mempunyai perkataan yang sama maknanya dengan ‘romance’ dan ‘romantic’ sehinggalah kedua-duanya dipinjamkan ke dalam perbendaharaan bahasa Melayu.

Budaya Barat memberi nilai amat tinggi kepada tingkah laku cinta romantis. Dalam budaya itu keupayaan seseorang memberikan 'romance' sangat mempengaruhi kejayaan mereka dalam aktiviti pikat-memikat. Budaya Melayu hanya mula kenal tingkah laku cinta romantis dengan kedatangan pengaruh budaya Barat ke alam Melayu.

Di Barat, nilai cinta romantis sudah menghasilkan pelbagai industri bagi membantu pelanggan mereka menjadi orang-orang yang pandai menyatakan emosi cinta mereka secara romantis. Banyak produk dan perkhidmatan dicipta semata-mata untuk dijual kepada mereka yang perlu memberikan cinta romantis kepada pasangan mereka. Amalan meraikan hari Valentine adalah salah satu hasil pengkomersialan tingkah laku cinta romantis.

Pengaruh budaya Barat yang menular ke negara kita juga sudah menyebabkan banyak industri yang serupa muncul dan berkembang dengan pesatnya di negara ini. Kebanyakan produk dan perkhidmat-an untuk cinta romantis di negara ini datang daripada idea-idea yang diimport dari Barat, seperti idea kad-kad cinta-kasih, hadiah-hadiah ulang tahun, kiriman bunga, makan malam di bawah cahaya lilin dan macam-macam lagi.

Kini sudah ada produk-produk cinta romantis yang dicipta berdasarkan budaya tempatan sebagai contoh, pada masa ini banyak hotel-hotel yang dikendalikan sendiri oleh pengurus-pengurus Melayu sudah menyediakan kamar-kamar yang dihias seperti kamar pengantin Melayu di hotel-hotel mereka. Mereka mempromosikan kamar-kamar itu untuk disewa oleh pengantin-pengantin Melayu yang sudah terikut-ikut dengan gaya pengantin Barat berbulan madu di hotel.

Budaya Jepun, seperti budaya Melayu, mereka juga sudah mula kenal idea cinta romantis Barat. Tetapi ramai orang-orang Jepun belum mempunyai kemahiran menyatakan rasa cinta mereka dengan cara-cara yang digunakan oleh orang-orang Barat. Sebagai contoh, lelaki Jepun masih malu hendak menyatakan emosi mereka dengan menggunakan kata-kata cinta.

Pada masa ini terdapat syarikat-syarikat Jepun yang mengambil upah bagi menyelesaikan perkara itu. Mereka akan membuat panggilan telefon bagi menyampaikan kata-kata cinta pelanggannya kepada orang yang mereka cintai ataupun minati. Sebagai contoh, telefonis syarikat itu akan berkata kepada orang yang ditujukan itu "Suami puan ingin mengucapkan kepada puan Selamat Menyambut Hari Jadi hari ini. Beliau ingin menyampaikan rasa cinta yang sangat mendalam kepada puan melalui puisi ini.” Lalu si telefonis pun membacakan puisi itu.

Kini tingkah laku cinta romantis makin mendapat nilai yang tinggi apabila orang-orang Melayu semakin terdedah kepada filem-filem dan rancangan televisyen dari Barat. Malah kini terdapat bijak pandai Melayu yang mempromosikan lagi nilai-nilai cinta romantis melalui ceramah-ceramah mereka di mana mereka menganjurkan supaya orang ramai belajar mempamerkan cinta mereka dengan melakukan tingkah laku seperti yang dibuat oleh orang-orang Barat

CREDIT TO : http://cintagila.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

ANDA MENCARI SESUATU??? TAIPKAN KEYWORD ANDA DI SINI

VIDEO BEST KHAS UNTUK KORANG

Lagu Romantik

Powered by eSnips.com