PRODUK PALING LARIS

JOM LAYAN


Wednesday, June 16, 2010

Tips Menghangatkan Kasih Sayang

Menjaga hubungan dan keintiman kasih sayang dengan pasangan merupakan tips penting bagi memastikan tempoh hubungan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sikap bertolak ansur, saling hormat menghormati dan sebagainya.

Hubungan jarak jauh adalah paling sukar untuk dijaga kerana ianya berteraskan kepercayaan. Kepercayaan pula akan ada jika masing-masing cuba menghangatkan kasih sayang walaupun jarak begitu jauh.

Di sini saya senaraikan tips-tips untuk menghangatkan kasih sayang.

  1. Belai pasangan anda dengan ciuman manja sebagai tanda penghargaan diri anda kepada dirinya, malah senyuman juga memain peranan penting dalam meneruskan perjalanan awal untuk mencipta hubungan antara pasangan. Biarkan mata anda berkelip-kelip manja sebagai tanda anda terlalu merindui dirinya.
  2. Hangatkan hubungan cinta anda dengan si dia dengan memberi kejutan ciuman di lehernya semasa si dia membuat kerja-kerja di meja komputer ketika sedang berehat di rumah.
  3. Sesekali ketika bersantai di rumah bersama si dia, apa salahnya, berikan urutan kepadanya, lagipun bukan untuk orang lain tetapi kepada insan yang kita disayangi. Berikan ciuman romantik atau tunjukkan mesej melalui isyarat badan terhadap si dia. (Pada ketika itu berbual bersama-sama. Biarpun masing-masing sibuk dengan tugasan, cubalah mencuri masa untuk bersemuka dengan berkongsi cerita bersama. Cara ini membolehkan anda memahami perasaan dan hati budi si dia .)
  4. Walaupun telah berkahwin dan memiliki anak, tidak salah untuk menyatakan ucapan cinta dan sesekali apa salahnya tinggalkan pesanan ringkas pada si dia, mungkin ia boleh mengimbau kembali zaman percintaan anda suatu ketika dulu.
  5. Luahkan kata-kata cinta anda kepada si dia untuk menghangat keintiman hubungan anda.
  6. Buktikan kasih sayang anda kepada si dia, tulislah surat dengan menyatakan anda berbangga dengan pencapaian dirinya. Ini kerana kebanyakan lelaki gemarkan pujian daripada seseorang lebih-lebih lagi daripada isterinya Atau anda boleh menulis kepadanya menyatakan sesuatu tentang kelebihan dirinya. Letakkan ayat-ayat 'cinta ' itu di dalam dompet tangan atau beg kerja untuk memberi kejutan pada dirinya.
  7. Buktikan perasaan cinta anda pada si dia, berikan dia satu ciuman romantik diikuti dengan pelukan sebagai tanda penghargaan diri. Setiap pasangan sentiasa inginkan dirinya dibelai dan disayangi.
  8. Usah malu dengan si dia, peluklah si dia dengan pelukan erat, luahkan kata-kata cinta kepadanya dan berikan ciuman romantik untuknya.
  9. Kebanyakan lelaki gemarkan pujian daripada seseorang, lebih-lebih lagi daripada isterinya. Sambil itu si isteri bolehlah menepuk bahu si suami sebagai tanda memuji kehebatan dirinya.
  10. Luahkan pada pasangan anda, bahawa anda bangga dengan kehebatan si dia, tunjukkan rasa hormat anda terhadap si dia agar ikatan percintaan menjadi lebih intim. Sebagai contoh, anda mungkin berkata, ''Anda seorang yang hebat'' atau "Saya sungguh menghargai bagaimana susahnya kerja dalam memberi kesempurnaan kepada keluarga kita"..
  11. Apabila membeli barang, belikan sesuatu kepada si dia sebagai tanda anda mencintai dirinya.
  12. Dapatkan persetujuan bersama ketika membuat keputusan bersama si dia. Kadang-kadang si dia akan berasa marah dan tidak suka sikap wanita yang cuba menukar sesuatu jadual mahupun kehendaknya dan ini boleh menyebabkan rancangannya tidak menentu dan kemungkinan ia menjadi virus dalam hubungan serta boleh membangkitkan kemarahan lelaki, dalam hal ini si dia (wanita) perlu bersabar dengan kemahuan si dia.
  13. wanita haruslah menunjukkan rasa hormat terhadap lelaki, jangan sesekali melakukan perkara-perkara negatif, ketika membeli-belah contohnya, cuba dapatkan pandanganny seperti ketika membeli kad ucapan untuk kad hari jadi, cubalah minta pandangan si dia untuk membuat pilihan. Hal ini akan membuatkan si dia merasakan dia mempunyai hak terhadap diri anda.
  14. Ketika masa lapang, gunakan bahan-bahan terbuang untuk melukis bentuk dua keping hati disambungkan bersama dengan nama-nama anda pada hati itu dan menulis "aku cinta padamu" terhadap si dia.
  15. Cuba hasilkan sajak-sajak cinta kepada si dia untuk menyatakan isi hati anda.

No comments:

Post a Comment

ANDA MENCARI SESUATU??? TAIPKAN KEYWORD ANDA DI SINI

VIDEO BEST KHAS UNTUK KORANG

Lagu Romantik

Powered by eSnips.com