PRODUK PALING LARIS

JOM LAYAN


Saturday, January 9, 2010

Cara Mewujudkan Suasana Romantik (Part 1)

CARA UNTUK MENCIPTA SUASANA ROMANTIK 1

Jika pasangan anda terpaksa berurusan di luar kawasan untuk beberapa hari, beritahu dia yang anda sangat bimbangkan keselamatannya. Kalau boleh anda mahu menyediakan beberapa orang bodyguard untuk memerhatikannya bagi pihak anda. Jangan lupa berikan teddy bear yang kecil untuk menemaninya.


CARA UNTUK MENCIPTA SUASANA ROMANTIK 2

Beli kertas “glow in the dark” dan buatkan bintang-bintang kertas. Susun serta gantung atau tampalkan bintang-bintang tersebut pada bahagian atas kamar tidur anda. membentuk kata-kata romantis seperti "I Love You". Bila lampu dipadamkan mesej tersebut akan disampaikan.


CARA UNTUK MENCIPTA SUASANA ROMANTIK 3

Bila anda dan pasangan anda keluar berdating atau Candle Light Dinner, jangan lupa belikan 11 kuntum bunga ros merah dan 1 kuntum bunga ros merah plastik. Letakkan bunga ros plastik tadi pada bahagian tengah bunga ros sebenar tadi.

Berikan pasangan anda jambangan bunga tersebut dengan sekeping kad bertulis :

“Saya akan sentiasa menyintai awak sehinggalah bunga ros terakhir layu.”


CARA UNTUK MENCIPTA SUASANA ROMANTIK 4

Jika anda pakar membina laman web, belikan nama domain web yang sama dengan nama pasangan anda. Contohnya, www.aliya_qistina.com atau www.afiq_adha.com. Bina laman web yang anda dedikasikan khas untuk pasangan anda. Limpahi laman web tersebut dengan sajak-sajak puitis dan bunga-bungaan seperti bunga ros. Upload gambar-gambar kenangan manis anda bersama. Pasangan anda pasti terharu jika suatu hari dia terklik ke laman web tersebut.

Kawan saya pernah menceritakan betapa beliau terharu tatkala kawan-kawan lama semasa di kampus dulu mula menjejaki beliau, bila dirisik barulah beliau tahu.. suaminya telah mewujudkan laman facebook untuk beliau... bukan sekadar untuk beliau menjejaki kawan-kawan lamanya tetapi suaminya turut meng’upload’ gambar-gambar romantik mereka termasuklah gambar semasa pertunangan dan perkahwinan mereka.. oh.. how sweet!!


CARA UNTUK MENCIPTA SUASANA ROMANTIK 5

Belikan sebuah cermin kecil ( seperti cermin sakti dalam cerita dongeng) dan kepilkan sekeping kad bertulis ;

“In this mirror you will see the image of

the most beautiful woman in the world.”


CARA UNTUK MENCIPTA SUASANA ROMANTIK 6

Jika pasangan anda suka membaca novel atau majalah, ambil pensel dan gariskan beberapa huruf pada muka surat yang belum dibaca. Huruf-Huruf tersebut akan membentuk beberapa perkataan romantis. Contohnya.. The palace was a labyrinth, their passage through it tortuous and interminable. Initially they passed from building to building under the sodden sky. Steve's feet ached; he might have laughed at himself, the tireless traveler, grown too soft from his months in the city to walk any proper distance. Abruptly the guards halted.

Bukankah perkataan bergaris tersebut membentuk perkataan I love U?? Perkataan tersebut pastinya mengharukan pasangan anda tatkala dia menulis semula setiap huruf tersebut. Jika anda punya masa yang lebih.. apa kata anda fikirkan 1 kod huruf yang lebih romantis. Contohnya "Sayangku Dayana, Tahukah betapa sayang dan cintanya abang kepada kamu"


CARA UNTUK MENCIPTA SUASANA ROMANTIK 7

Hantarkan sejambak bunga sekurang-kurangnya sebulan sekali kepada pasangan anda di tempat kerjanya. Bunga tersebut bukan sahaja akan menggembirakan hatinya malah dia turut akan berbesar hati sekiranya rakan sekerja memuji ketulusan perhubungan kamu. Malah pasti ada yang akan mencemburui kamu... Tapi janganlah kerap sangat takut nanti kamu berdua akan berasa jemu pula.


CARA UNTUK MENCIPTA SUASANA ROMANTIK 8

Semasa bersiar-siar di taman, kutip seketul batu dan katakan anda mahu menyimpannya sebagai salah satu kenangan yang istimewa. Kemudian ukirkan perkataan seperti

"I Love Nadia Forever"

Dan jangan lupa berikan kepada pasangan anda.


CARA UNTUK MENCIPTA SUASANA ROMANTIK 9

Pergi ke satu kawasan pergunungan yang luas. Baring bersama pasangan anda di kawasan yang lapang. Lihat ke langit dan perhatikan pergerakan awan dan meneka bentuk gerakan awan tersebut. Bukan sahaja anda berdua boleh relaks.. tapi tidakkah cara sebegitu mengembalikan anda ke zaman kanak-kanak anda?

CARA UNTUK MENCIPTA SUASANA ROMANTIK 10

Jika pasangan anda terlalu sibuk dengan kerjanya dan terpaksa bekerja lebih masa di pejabatnya, apa kata anda hubungi pizza hut @ macdonald untuk menghantar makanan kepada pasangan anda. Kalau anda pandai memasak lagi bagus.. Masakkan pasangan anda makanan kegemaranya dan hantar ke pejabatnya.SMS kepada pasangan anda, bahawa anda tidak sanggup untuk makan sekiranya pasangan anda juga tidak makan.


CARA UNTUK MENCIPTA SUASANA ROMANTIK 11

Belikan sekuntum bunga ros dan letakkan di tempat yang mudah dilihat oleh pasangan anda bersama nota bertulis;

"Terima kasih sayangku kerana hadir dalam hidupku.. ."


CARA UNTUK MENCIPTA SUASANA ROMANTIK 12

Jika pasangan anda kepenatan setelah seharian bekerja, taburkan sedikit fragrant bath oil ke dalam tiub mandinya dan mandikan pasangan anda dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Selesai mandi bawa pasangan anda ke katil dan cium dahinya dengan penuh kelembutan.


CARA UNTUK MENCIPTA SUASANA ROMANTIK 13

Jika pasangan anda mempunyai lagu kegemaran, copy lagu tersebut ke dalam CD. Ajak pasangan anda untuk ke tempat-tempat yang romantik dan sunyi. Dalam keadaan romantik, mainkan lagu kegemaran pasangan anda dan ajaklah dia menari. Tetapi jika anda berkebolehan untuk bermain alat muzik dan menyanyi (tidak kisah bagaimana vokal anda).. nyanyikan sebuah lagu kegemarannya. Pasti dia akan menyukainya.


CARA UNTUK MENCIPTA SUASANA ROMANTIK 14

Bawa pasangan anda berjalan-jalan di tepi pantai. Ukir bentuk ‘love’ yang besar dan duduk di dalamnya sambil memerhatikan matahari terbenam.


CARA UNTUK MENCIPTA SUASANA ROMANTIK 15

Bawa pasangan anda ke sesuatu tempat dan tidur di dalam khemah. Lapangkan dada dan lupakan masalah kerja buat seketika. Habiskan masa bersama dengan penuh relaks dan ungkapkan kata-kata cinta. Jika anda tidak punya masa yang panjang cukuplah sekadar mendirikan khemah di halaman rumah anda (seperti dalam drama korea – FULL HOUSE). Ruang yang kecil dan hanya menempatkan anda berdua itu pastinya bagaikan syurga dan ditemani oleh bunyian cengkerik. Belai pasangan anda semahunya.

CARA UNTUK MENCIPTA SUASANA ROMANTIK 16

Jika anda dan pasangan terpaksa berpisah sementara disebabkan oleh tuntutan kerja. Sentiasa hubunginya dan nyatakan betapa anda rindukanya. Jika anda mendengar apa2 lagu di corong radio yang boleh menyatakan perasaan rindu anda, call pasangan anda dan minta dia mendengarnya.. Kawan saya pernah menangis terharu apabila suaminya meminta dia mendengar lagu “Bila Terasa Rindu” nyanyian Dafi semasa menghadiri kursus selama 3 minggu. Yang lebih mengharukan apabila suaminya menelefon dan menyanyikan lagu ‘Untukmu Sayang’ dendangan kumpulan Fabians sambil diiringi petikan gitar. Kawan saya berasa tidak sabar untuk pulang ke sisi suaminya itu..

CARA UNTUK MENCIPTA SUASANA ROMANTIK 16

Ajak pasangan anda keluar dengan mengirimkan sampul surat berisi pita kepadanya. Pada pita tersebut rakamkan lagu tema Mission Impossible dan suara anda yang mengatakan, “Your mission if you choose to accept it is to make your way to Café Venoli, 123 Park Lane at 18.30 Eastern Standard Time. There you will rendezvous with a stunningly attractive man wearing a red carnation. The future of the free world is now in your hands. This tape will self destruct in five seconds.” Selesai dengan mesej anda rakam pula bunyi jam berdetik dan katakan padanya , “Masa berjalan, tunggu apa lagi.. Bersedialah…” Bunyi macam pelik kan?? Tapi ini la CARA UNTUK MENCIPTA SUASANA ROMANTIK yang kreatif!






Friday, January 8, 2010

10 Cara Romantik

1. Letakkan catatan ‘aku cinta padamu’ di meja makan ketika kamu dan si dia makan bersama.

2. Kirimkan sebuah e-mel pada si dia yang berisi sebuah puisi cinta.

3. Kirimkan kad ucapan cinta pada si dia. lebih romantis lagi andainya kamu melakukanya setiap hari.

4. Kirimkan bunga dengan catatan ringkas ‘aku cinta padamu’.

5. Senaraikan semua sebab-sebab mengapa kamu mencintainya dan kemudian serahkan padanya untuk dia membaca sendiri isi hatimu.

6. Luangkan waktu khusus hanya untuk berduaan dengan si dia dan luahkan perasaan kamu padanya.

7. Biarpun munkin suara kamu agak sumbang namun tidak salahnya kamu menyayikan lagu cinta untuknya …

8. Masakkan makanan kegemaran si dia.

9. Saat menemuinya, berikan senyuman kamu yang paling manis dan tatap matanya dalam-dalam. Biarpun kamu tidak suarakan cinta kamu padanya namun pandangan mata kamu sudah cukup menjelaskan segala-galanya…..

10. Jika kamu dan si dia terpisah jarak, lakukan kunjungan kejutan.



Wajib Buat Ketika Bercinta


Di dalam dunia ini, semua perkara yang kita lakukan haruslah mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Begitu juga di alam percintaan. Semua pasangan perlu mengikut peraturan-peraturan tertentu agar perhubungan yang terjalin tidak dipandang serong oleh segelintir masyarakat.


Dengan peraturan itu juga, kamu sebenarnya mampu mengecapi kebahagiaan. Apa yang penting, kamu dan pasangan sentiasa ikhlas ketika menjalinkan perhubungan dan tahu batas-batasnya.

Jika masih ada pasangan yang belum mengerti, apa kata kamu ikuti beberapa tip di bawah tentang perkara-perkara yang wajib kamu lakukan ketika bercinta bagi memastikan percintaan yang terjalin akan berakhir dengan kebahagiaan.

1. Sayangi dengan hati bukan perasaan
Jika kamu meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti tidak akan bertahan lama. Ini kerana perasaan manusia tidak pernah mampu bertahan lama dan sentiasa berubah mengikut keadaan, masa dan situasi. Sebab itu, sebagai jalan terbaik, kamu mesti menyayangi si dia dengan ikhlas dan sepenuh hati.

Ini kerana jika kamu meletakkan perhubungan kamu berdasarkan hati, maka dari hati jugalah akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk anda serta pasangan selama-lamanya.

2. Terima seadanya
Kamu harus akur tiada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya. Oleh sebab itu, kamu harus menerima si dia seadanya dan terima segala kekurangan serta kelemahannya.

Walaupun mempunyai kelemahan, seharusnya kamu menganggapnya sebagai insan paling istimewa dalam hidupmu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah si dia mengikut kehendak kamu. Ini kerana sekali kamu berjaya mengubahnya, kamu akan terus berusaha untuk mengubahnya sehingga kamu merasakan si dia benar-benar sempurna di matamu.

Tentu kamu masih ingat bagaimana kamu boleh jatuh cinta padanya, sudah tentu kerana dia adalah dirinya dan perkara itulah yang perlu kamu pertahankan. Jika kamu terus selesa dengan apa yang ada padanya, si dia sudah tentu lebih cinta kepada kamu.

3. Hargai pengorbanannya
Si dia tentu telah banyak berkorban demi mempertahankan percintaan yang terjalin. Oleh sebab itu, kamu perlu menghargai segala pengorbanannya dan jangan sekali-kali pernah terfikir untuk mempermainkan hati dan perasaannya.

Jika kamu bijak menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukannya, tidak mustahil si dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kamu demi untuk melihat kamu tersenyum setiap hari.

4. Hormati pendiriannya
Sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain menjadikan hubungan cinta yang terjalin lebih bermakna dan romantis. Jika si dia masih belum dapat menerima cinta kamu sepenuhnya, jangan sekali-kali mendesak atau memaksanya.

Sikap kamu yang suka memaksa dan mendesak membuatkannya cepat bosan dan akhirnya akan pergi meninggalkan kamu. Jalan terbaik, hormatilah pendiriannya dan berikannya masa untuk memikirkan tentang perhubungan yang terjalin.

Sebaliknya, sikap kamu yang memahami dan sentiasa menghormati pendiriannya sedikit sebanyak sudah pasti akan menarik perhatiannya. Oleh itu, berikannya masa. Bak kata pepatah, jika sudah sememangnya jodoh anda bersamanya, pasti tidak akan ke mana-mana.

5. Yakin pada keistimewaannya
Setiap individu pastinya mengimpikan seorang pasangan yang bukan sahaja sempurna malah punya keistimewaan yang tersendiri. Jika pasangan kamu seorang yang tampan, bijak, kaya dan berkerjaya bagus, itu tentunya satu bonus buat anda.

Jika pasangan anda seorang yang sederhana, yakinlah pada keistimewaan lain yang dimilikinya. Jangan sekali-kali merendah-rendahkan dirinya. Apa yang penting si dia mencintai kamu sepenuh hati dan sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kamu gembira.

6. Jangan berprasangka
Sikap wanita yang terlalu suka berprasangka buruk terhadap lelaki sering menjadi alasan mengapa lelaki suka mencari wanita lain di dalam hidupnya. Ini kerana sikap suka berprasangka hanya akan memburukkan perhubungan yang terjalin.

Jalan terbaik, kamu memberikannya peluang untuk memberi penjelasan dan percayalah kepada kata-katanya. Jika kamu masih ragu-ragu, selidikinya dengan cara yang paling terpuji dan cuba letakkan diri kamu di dalam situasi yang sedang dihadapinya.

Sikap kamu yang sentiasa memberikannya peluang untuk menyatakan perkara sebenar sudah pasti amat dihargainya. Sekaligus peluang untuk kamu menjalinkan hubungan cinta dengan lebih bermakna, terbentang luas di hadapanmu.

7. Sayanginya setiap hari
Usah sesekali kamu berjanji untuk mencintai dan menyayangi si dia buat selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kamu mungkin akan berakhir keesokan harinya.

Cubalah berjanji untuk menyayangi dirinya setiap hari dan cuba jadikan setiap hari itu adalah hari terakhir untuk kamu berdua. Cuba lakukannya dan pastinya kehidupan intim kamu dan pasangan akan berubah ceria. Ini kerana setiap hari kamu akan saling menyayangi antara satu sama lain.

8. Capai persefahaman
Kata orang, perkara yang paling penting dalam kehidupan berpasangan adalah sikap saling memahami antara satu sama lain. Oleh sebab itu cubalah berusaha untuk mencapai persefahaman. Harus diingat rasa persefahaman itu perlu dipupuk dan ianya tidak lahir secara semulajadi.

Paling baik jika kamu bukan sahaja memahami tetapi turut sama di dalam aktiviti-aktiviti yang gemar dilakukannya. Dengan ini, perhubungan yang terjalin akan menjadi lebih erat dan mampu untuk bertahan selamanya.

9. Jangan cepat berbangga
Berjaya memilikinya bukan satu tiket untuk anda berbangga atau bermegah-megah. Anda hanya boleh berbangga jika perhubungan yang terjalin itu berjaya anda jaga sehingga ke akhir hayat anda.

Ini kerana tiada seorang pasangan pun yang gemar memiliki pasangan yang suka berbangga dengan kejayaan yang dimiliki. Oleh sebab itu, sentiasalah bersederhana dan jadikan kehidupan anda berdua sama seperti kebanyakan pasangan lain yang ada di luar sana.

10. Sentiasa bersyukur
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.

Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.

Adakalanya mereka sanggup merayu-rayu asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang mereka miliki.

Credit to gua.com.my

Pasangan Anda Kurang Romantik

Pasangan anda kurang romantik? Terlalu selamba? Jangan komplen kerana pasangan anda biasanya adalah seseorang yang amat bertentangan sifatnya dengan anda.

Tiap kali tibanya hari jadi, kena sambut seorang. Tiap kali tibanya ulangtahun dalam perhubungan, ingatkan dapatlah hadiah ataupun kejutan romantik, rupa-rupanya kena sambut sendiri lagi. Haii…. Samapi bilalah nak macam ni. Dah bertahun-tahun dah macam ni, dan berulang lagi tahun ini. Dan dah puas juga bergaduh tentang perkara sebegini. Kenapa? Susah sangatkah nak ingat tarikh? Kalaulah itulah alasannya, habis tu, telefon bimbit yang dok tersangkut kat pinggang sepanjang masa tu untuk apa? Sekadar perhiasan? “Reminder” kat dalam tu pun kita yang tolong letakkan. Dia cuma perlu lihat dan berbuat sesuatu saja jika “alarmnya” berbunyi. Bunyi pun kita dah “set” kepada nada yang maksimum. Tapi…. Keadaan masih sama. Bosan.

Pasti selalu terjadi kan situasi seperti di atas? Memang, sebagai wanita, kita cukup sensitif terhadap benda-benda seperti ini. Tidak dinafikan, wanita lebih peka terhadap tarikh-tarikh penting terutamanya tarikh-tarikh penting di dalam hubungan. Bagi kita, dengan mengingati tarikh-tarikh ini, kita mempunyai satu masa untuk menghargai pasangan kita lebih daripada hari-hari biasa. Pada masa inilah, kita bakal memberikan pasangan kita hadiah yang istimewa semata-mata untuk “memberitahunya” yang kita menghargainya. Ini berbeza dengan kaum lelaki. Mereka lebih bersifat biasa-biasa sahaja. Tidak menjadi isu besar jika mereka terlupa akan tarikh-tarikh penting di dalam kehidupan mereka. Kadangkala, harijadi sendiri pun boleh terlupa. Inikan pula harijadi orang lain. Alasannya, mereka terlalu sibuk dengan kerja dan tugas masing-masing. Maka, silaplah pendapat yang menyatakan bahawa kaum lelaki lebih berkeupayaan untuk “multitasking”. Haha.

Tidak dinafikan, jika difikir-fikir, andaikata kita terlupa akan tarikh-tarikh penting ini, tiada apa-apa bahaya yang akan menimpa diri kita dan bukannya bermakna berakhir sudah dunia ini. Kehidupan tetap diteruskan seperti biasa. Cuma, biasalah, antara salah satu sifat semulajadi wanita ialah ingin selalu dimanjakan, ingin dihargai.

Sudah tentu ramai wanita yang cemburu jika terdapat pasangan rakan-rakan mereka yang selalu bertindak romantik. Sentiasa memperingati tarikh-tarikh penting dan selalu “memandikan” pasangan mereka dengan hadiah-hadiah tanda ingatan. Namun, harus kita ingat bahawa, adakalanya lelaki yang seperti ini ada masanya, cukup merimaskan. Kadang-kadang, naik loya pula melihat aksi-aksi mesra pasangan seperti ini. Tunggu ya, saya bukan bercakap kerana saya iri hati. Cuma sekadar untuk menyatakan pendapat sahaja.

Tidak dinafikan, romantik memang perlu untuk menyemarakkan lagi hubungan, tetapi, sifat romantik yang berlebihan boleh membuatkan pasangan atau orang sekeliling anda rimas serta jika tidak keterlaluan untuk saya katakan di sini, lemas. Terlalu selamba pun tidak berapa elok kerana ia boleh membuatkan pasangan anda merasakan dirinya tidak dihargai dan ini adalah tidak sihat untuk hubungan yang sedia ada. Biarlah ada keseimbangan di sini.
Makanya, kurang romantik, lebih selamba? Pilihlah sendiri.

Oleh : Emilda Rozanie. (3r.com.my)

Surat Cinta Untuk Isteri Tersayang - Sangat Mengharukan

FROM EMAIL*

Ke ribaan isteriku yang tersayang…

Sayang, aku tenang di sini kerana ku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana. Hentikan tangisanmu di sana. Demi ketenanganku di sini. Yakinlah, perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi. Tetapi oleh retaknya hati.
Perpisahan ini, insya-Allah akan menyuburkan cinta… sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah. Yakinlah, kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis. Perpisahan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.
Semoga perpisahan ini menguatkan jiwaku. Tiadalah ubat jiwa yang paling mujarab kecuali mencintai Allah. Dan dengan cinta itu nanti semuga kita saling menyintai kerana Allah – cinta yang lebih suci.
Kita dipaksa berpisah untuk “dijemput” ke daerah tauhid dan syariat-Nya. Selama ini kita terlalu banyak berlakon-lakon dan bermain-main dengan pelbagai alasan dan kemalasan. Aku pasrah dengan “paksaan” ini walaupun suntikannya terlalu sakit, ubatnya pahit.
Sayangku,
Hadapilah kenyataan yang sudah termaktub sejak azali ini. Kesedihan dan air mata tidak akan meredakan hati apalagi menyelesaikan masalah. Aku sentiasa berdoa untukmu.
Ya Allah…
Ampunilah dosa-dosa isteriku dan memaafkan semua kesalahannya. Kuatkanlah iman dan taqwanya… dengan Kau suburkan selalu dihatinya rasa hina, berdosa, jahil, lemah, miskin, berharap terhadap-Mu.
“Ya Rahim…
Berilah dia kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kami. Agar ditangannyalah nanti tertempa zuriat yang soleh dan solehah. Bimbinglah kemarahannya, kebijaksanaannya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya dan segala-galanya dengan seimbang, agar dia terdidik untuk mendidik.”
“Ya Rahman…
Maniskanlah akhlak isteriku semanis wajahnya. Hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan kelembutan, seperti Kau telah hiasi matanya dengan kecantikan. Berilah kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpahan taqwa yang sejati.”
“Ya Rabbi…
Lembutkan hati isteriku agar mudah ia mengadu-ngadu pada-Mu. Lenturlah jiwanya agar ia mudah merayu-rayu dan meminta-minta pada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih-rintih pada-Mu. Hancur dan remuk-redamlah dirinya dalam menerima didikan-Mu kerana di situlah pengiktirafan dia sebagai hamba-Mu.”
Sayang,
Ramai pasangan berpisah kerana putus cinta. Namun lebih ramai yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada cinta yang ilusi begini… pertemuan adalah perpisahan. Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisahkanpun masih bertemu.
Justeru, perpisahan ini untuk menyelamatkan. Perpisahan ini adalah mehnah yang akan menguatkan kembali ikatan perkahwinan. Ia adalah satu “reaksi berantai” kepada semua yang ada ikatan dengan kita. Agar semuanya bergantung dengan ALLAH semata. Jangan kita bergantung dengan selain-Nya.
Makhluk yang terhubung atas nama suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, saudara, sahabat atau apa sahaja akhirnya akan pergi jua. Sesungguhnya, perpisahan adalah cara Allah “mencantas” pergantungan hati kita dengan yang bernama suami, isteri, ibu, bapa, anak dan saudara.
Hakikatnya saat itu pasti tiba. Mati boleh terjadi bila-bila. Ketika itu jika hati tidak
bersedia… pedih dan sakitnya tentu terlalu. Mungkin hilang kewarasan, mungkin luntur semangat, kecewa untuk meneruskan hidup. Dan paling khuatir, terhakis iman, tercalarnya tauhid.
Sayang… bergantunglah pada Allah kerana hubungan kita dengan-Nya tidak akan dipisahkan istilah janda, duda dan yatim. Sedangkan hubungan kita sesama manusia tidak dapat tidak, pasti diputuskan oleh MATI. Justeru… anggaplah perpisahan ini satu persediaan untuk menghadapi saat mati yang sudah pasti datang.
Syukur … kerana dahulu pernah aku terlintas, bagaimana nanti kalau kalau salah seorang daripada kita dipanggil pulang oleh Allah? Apakah ketika itu hati akan redha? Ah, lantaran benci merasainya, fikiran dikunci daripada memikirkannya…. Padahal itu sudah pasti. Oh! Tuhan, benci betul rupanya kita kepada mati.
Angkuh betul kita dengan ‘milik’ pinjaman Allah ini. Seolah-olah isteri, suami, anak-anak dan lain-lain itu benar-benar kepunyaan kita. Terlalu berat untuk memulangkannya. Sebab ‘memulangkannya’ bererti berpisah!
Tidak sanggup kita “pulangkan” kembali bila tarikh pulangnya sudah tiba. Kini, alhamdulillah, pinjaman itu dipinta kembali oleh Allah buat sementara… aku diserahkan kembali olehmu, dan kau diserahkan kembali olehku kepada-Nya.
Didikan ini sangat mahal harganya. Inilah intipati iman kita kepada satu ayat Quran yang sangat pendek:
“Sesungguhnya kita kepunyaan Allah, dan kepada Allah kita akan dikembalikan.”
Bersedialah untuk menghadapi yang terburuk akibat perpisahan ini. Namun jangan sekali-kali terputus dari berharap sesuatu yang terbaik.
Doaku dan doamu pasti dicelahi oleh rasa bimbang takut-takut tidak diperkenankan tetapi padamkanlah segalanya dengan satu keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin. Yang penting… bukan diperkenankan atau tidak, tetapi semoga Allah tingkatkan kesabaran, keimanan dan tawakal kita menghadapi apa jua takdir-Nya.
Isteriku, jangan dipinta ringankan ujian, tetapi pintalah ‘beratnya’ iman untuk menghadapi ujian itu!

ANDA MENCARI SESUATU??? TAIPKAN KEYWORD ANDA DI SINI

VIDEO BEST KHAS UNTUK KORANG

Lagu Romantik

Powered by eSnips.com