Tanya pada pasangan anda samada anda ni romantik atau tidak. Jika ya, anda harus berbangga kerana tidak semua orang dilahirkan untuk itu
PRODUK PALING LARIS
Monday, December 28, 2009
Ukur Cinta Melalui Warna
Benarkah warna kesukaan boleh menjadi kayu ukur kepada rasa cinta seseorang? Walaupun ada pihak yang kurang bersetuju, namun adakalanya warna yang diwakili mampu menyatakan perasaan sebenar kamu terhadap si dia.
Oleh itu, apa kata kita cuba mengukur cinta melalui warna. Apa yang penting, untuk melihat kejayaannya anda perlu mengetahui warna kesukaan anda serta pasangan.
Jangan sesekali berfikir bahawa menyukai warna yang sama, menjadikan kamu berdua sebagai pasangan yang serasi. Hakikatnya, cinta perlukan kombinasi warna yang berlainan agar cinta yang terjalin menjadi lebih ceria, harmoni dan romantis.
1. Merah + Biru
Si biru seorang yang suka beralah dan berjiwa lembut. Namun, jangan pula sesekali kamu mengambil kesempatan ke atas jiwanya yang lembut itu. Kebanyakan mereka yang menyukai warna biru seorang yang berjiwa seni.
Si merah pula selalunya lebih agresif dan keras hati. Meraka selalunya tidak segan silu untuk melakukan langkah pertama asalkan apa yang mereka hajati terlaksana. Kalau boleh setiap apa yang mereka ingini harus diturutkan.
Dalam konteks pasangan pula, kombinasi si merah dan si biru akan menjadikan hubungan yang terjalin lebih ceria. Apa yang paling penting adalah sikap saling bertolak ansur dan haruslah membina rasa persefahaman agar percintaan yang terjalin kekal untuk selamanya.
2. Hijau + Oren
Dua kombinasi warna yang agak kurang serasi. Ini kerana mereka yang menyukai warna ini dikatakan agak manja dan bukan seorang yang suka berdikari. Mereka juga dikatakan suka dibelai dan disayangi.
Jika mereka tidak mendapat apa yang mereka mahukan dari insan tersayang, mereka mudah naik angin dan akhirnya hubungan yang terjalin putus di tengah jalan.
Bagi pasangan yang mahu terus mencuba, mereka perlu selalu bersabar dan sentiasa berbincang apabila wujud sesuatu masalah yang menggugat perhubungan mereka. Dengan perbincangan dari hati ke hati, ia mampu menyelamatkan cinta yang terjalin di antara si hijau dan si oren.
3. Biru + Hijau
Kombinasi si biru dan si hijau dikatakan kombinasi yang paling sempurna. Tidak banyak masalah yang wujud di antara mereka kerana pasangan jenis ini saling sayang-menyayangi, bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain.
Walaupun ada sahaja cabaran di dalam hubungan cinta mereka, mereka dengan mudah mengatasinya. Sikap mereka yang matang serta tidak mudah percaya kepada khabar angin menjadikan si biru dan si hijau cukup serasi bersama.
Malah percintaan yang terjalin di antara si biru dan si hijau juga selalu dicemburui oleh rakan-rakan sekeliling. Namun mereka tidak pernah merasa bangga diri kerana percaya setiap orang berhak untuk mencari kebahagiaan sendiri.
4. Merah + Oren
Kombinasi warna merah dan oren pula dikatakan kurang sesuai. Ini kerana personaliti mereka yang menyukai kedua-dua warna ini dikatakan sangat agresif dan lasak.
Jika menjalinkan hubungan yang istimewa sekalipun, mereka jarang menyatakan rasa cinta kepada pasangan. Ini kerana mereka lebih gemar mengamalkan konsep, cinta tidak perlu dinyatakan dengan perkataan-perkataan romantis, cukup sekadar perhatian yang diberikan.
Oleh sebab itu, si merah dan si oren dikatakan kurang sesuai untuk bersama. Mereka seharusnya mencari seorang yang berjiwa halus dan romantik agar jiwa mereka yang keras itu dapat dilembutkan. Rasanya si biru cukup sesuai buat mereka.
CREDIT TO gua.com.my
15 Madah Cinta Paling Hot
Kata-kata cinta yang puitis dan indah sememangnya mampu memberikan impak kepada perhubungan yang terjalin. Walaupun ringkas, madah cinta selalunya mempunyai maksud yang mendalam apabila diperhalusi.
Jika suatu ketika dahulu kata-kata seperti HACKS (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) atau CINTA (Cinta Itu Nikmat Tapi Awas!) cukup popular di kalangan remaja yang bercinta, kini disenaraikan pula 15 madah cinta yang dikatakan paling hangat sepanjang tahun ini.
Jika anda tidak mempercayainya, apa kata kamu cuba tujukan madah-madah cinta ini kepada insan yang kamu sukai dan lihat respon yang diberikannya. Jika si dia tersenyum sambil menatap wajah anda, itu bermakna kamu berjaya menyentuh hatinya.
1. Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
2. Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepadamu.
3. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Selepas menemui insan yang tepat itu, sudah pasti kita akan mengucapkan terima kasih di atas kurniaan yang tidak terhingga itu.
4. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada di sisi kita.
5. Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapanmu. Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan menyesali perbuatanmu itu.
6. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan jiwa raga.
7. Cinta berupaya mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmah. Itulah kuasa cinta.
8. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Tetapi lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
9. Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintamu sepenuh hati hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi.
10. Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi. Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan elok.
11. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.
12. Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta. Apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.
13. Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang mengecapi bahagia.
14. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.
15. Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta. Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta.
CREDIT TO : gua.com.my
13 Tanda Anda Dilamun Cinta
Apakah tanda-tanda anda sudah jatuh cinta dengan seseorang? Ada yang sudah jatuh cinta pandang pertama, tidak kurang pula yang mengambil masa menerusi love and hate relationship. Tetapi jika anda mempunyai perasaan berikut, memang sah anda sudah jatuh cinta.
- Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.
- Anda akan sentiasa merindui dia.
- Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan. Jika di dalam kereta anda akan memandu pada kelajuan 60km/j dan suka stuck di dalam kesesakan trafik berbanding dengan sebelum ini iaitu selaju 140 km/j.
- Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
- Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.
- Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
- Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.
- Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.
- Dia sentiasa di fikiran anda.
- Anda akan sentiasa terhidu baunya.
- Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.
- Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.
- Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda
Cinta Romantik
Budaya Melayu antara banyak budaya yang pada asalnya tidak kenal tingkah laku yang disebut cinta romantis. Itulah sebabnya bahasa Melayu tidak mempunyai perkataan yang sama maknanya dengan ‘romance’ dan ‘romantic’ sehinggalah kedua-duanya dipinjamkan ke dalam perbendaharaan bahasa Melayu.
Budaya Barat memberi nilai amat tinggi kepada tingkah laku cinta romantis. Dalam budaya itu keupayaan seseorang memberikan 'romance' sangat mempengaruhi kejayaan mereka dalam aktiviti pikat-memikat. Budaya Melayu hanya mula kenal tingkah laku cinta romantis dengan kedatangan pengaruh budaya Barat ke alam Melayu.
Di Barat, nilai cinta romantis sudah menghasilkan pelbagai industri bagi membantu pelanggan mereka menjadi orang-orang yang pandai menyatakan emosi cinta mereka secara romantis. Banyak produk dan perkhidmatan dicipta semata-mata untuk dijual kepada mereka yang perlu memberikan cinta romantis kepada pasangan mereka. Amalan meraikan hari Valentine adalah salah satu hasil pengkomersialan tingkah laku cinta romantis.
Pengaruh budaya Barat yang menular ke negara kita juga sudah menyebabkan banyak industri yang serupa muncul dan berkembang dengan pesatnya di negara ini. Kebanyakan produk dan perkhidmat-an untuk cinta romantis di negara ini datang daripada idea-idea yang diimport dari Barat, seperti idea kad-kad cinta-kasih, hadiah-hadiah ulang tahun, kiriman bunga, makan malam di bawah cahaya lilin dan macam-macam lagi.
Kini sudah ada produk-produk cinta romantis yang dicipta berdasarkan budaya tempatan sebagai contoh, pada masa ini banyak hotel-hotel yang dikendalikan sendiri oleh pengurus-pengurus Melayu sudah menyediakan kamar-kamar yang dihias seperti kamar pengantin Melayu di hotel-hotel mereka. Mereka mempromosikan kamar-kamar itu untuk disewa oleh pengantin-pengantin Melayu yang sudah terikut-ikut dengan gaya pengantin Barat berbulan madu di hotel.
Budaya Jepun, seperti budaya Melayu, mereka juga sudah mula kenal idea cinta romantis Barat. Tetapi ramai orang-orang Jepun belum mempunyai kemahiran menyatakan rasa cinta mereka dengan cara-cara yang digunakan oleh orang-orang Barat. Sebagai contoh, lelaki Jepun masih malu hendak menyatakan emosi mereka dengan menggunakan kata-kata cinta.
Pada masa ini terdapat syarikat-syarikat Jepun yang mengambil upah bagi menyelesaikan perkara itu. Mereka akan membuat panggilan telefon bagi menyampaikan kata-kata cinta pelanggannya kepada orang yang mereka cintai ataupun minati. Sebagai contoh, telefonis syarikat itu akan berkata kepada orang yang ditujukan itu "Suami puan ingin mengucapkan kepada puan Selamat Menyambut Hari Jadi hari ini. Beliau ingin menyampaikan rasa cinta yang sangat mendalam kepada puan melalui puisi ini.” Lalu si telefonis pun membacakan puisi itu.
Kini tingkah laku cinta romantis makin mendapat nilai yang tinggi apabila orang-orang Melayu semakin terdedah kepada filem-filem dan rancangan televisyen dari Barat. Malah kini terdapat bijak pandai Melayu yang mempromosikan lagi nilai-nilai cinta romantis melalui ceramah-ceramah mereka di mana mereka menganjurkan supaya orang ramai belajar mempamerkan cinta mereka dengan melakukan tingkah laku seperti yang dibuat oleh orang-orang Barat
CREDIT TO : http://cintagila.blogspot.com
Thursday, December 24, 2009
Tips Memikat Pasangan
Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.
Tips mengambil hati suami
1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.
2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.
3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh
Tips mengambil hati isteri
1. Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda
2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta
4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.
5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.
8 Cenderahati Paling Beharga
1. kehadiran
Kehadiran orang yang dikasihi iaitu satu cenderahati yang tidak ternilai harganya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan cara berutus surat, telefon, gambar atau faks. Sekurang-kurangnya anda sentiasa berada disisinya. Anda dan dia dapat berkongsi perasaan, perhatian dan kasih syang secara lebih uth dan intensif. Oleh yang demikian, kehadiran yang anda wujudkan juga adalah sangat penting. Jadikanlah kehadiran andasebagai pembawa kebahagiaan.
2. mendengar
Tidak ramai yang mampu memberikan cenderahati ini, sebab kebanyakan orang yang lebih suka didengarkan daripada mendengarkannya. Sejak dari dahulu lagi kiti diketahui bahawa sikap saling sedia mendengar amat diperlukan untuk keharmonian dalam hubungan sesama manusia.
Berikan cenderahati ini untuknya, dengan mendengar segala curaha hatinya terhadap anda, secara langsung anda juga telah mewujudkan kesabaran dan sikap rendah hati. Untuk menjadi pendengar yang baik, pastikan anda dalam keadaan betul-betul selesa dan boleh menangkap setiap apa yang akan disampaikan. Tataplah wajahnya. Tidak perlu mencela, mengkritik, apalagi mengulasnya. Biarkan dia yang menjelaskannya. Ini memudahkan anda memberi tanggapan yang tepat selepas itu. Tidak perlu berbincang atau membuat penialaian. Sekadar ucapan terima kasih pun, sudah cukup memadai untuknya.
3. diam
Seperti kata-kata, di dalam diam juga ada kekuatan/ diam juga boleh digunakan sebagai hukuman, mengusir atau membingungkan orang lain, tetapi lebih daripada segalanya. Diam jugaboleh menunjukkan perasaancinta kita pada seseorang keranamemeberinya ’ruang’. Keterlaluan jika sehari-hari kita sudahbiasa menasihati, mengatur dan mengkritik bahkan membebelnya.
4. kebebasan
Mencintai seseorang bukanbermakna memberikan kita hak sepenuhnya untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang yang bersangkut paut dengan anda. Bolehkagkita mengaku kita mencintai seseorang jika kita selalu menyimpannya dalam hati? Memberi kebebasan adalah satu perkara yang boleh mewujudkan cinta. Kebebasan bukanlah bermakna anda bebas berbuat sesuka hati. Lebih dalam daripada itu, memberikan kebebasan ialah memberikan kepercayaan sepenuhnyauntuk bertanggungjawab atas segala hal yang diputuskan atau dilakukan olehnya.
5. keindahan
Siapa yang tidakbahagia, jikaorang yang kitasayangi tiba-tiba tmpil lebih kacak atau cntik? Penampilan yang segak dan rupawan juga merupakan salah satu cenderahati juga. Bahkan tidak salah jikaanda menghadiahkannya setiap hari! Kecantikan diri ialah lambang peribadi, anda pun boleh menghadiahkannya dengan sesuatu yang cantik untuk suasana rumah. Misalnya, vas dan bunga segar cantik di ruang tamu atau meja makan yang berhias indah.
6. tanggapan positif
Tanpa sedar, kita memberikan penilaiannegatif terhadap pemikiran, sikap atau tindakan orang yang kita sayangi. Seolah-olah tidak ada yang benar daripada dirinya dan kebenaan mutlak hanya kepada dia. Kali ini, cubahadiahkan tanggapan positif. Nyatakan dengan jelas dan ikhlas. Cibalah ingat, berapa kalikah dalam seminggu anda mengucapkan terima kasih atas segala hal yang dilakukannyademi anda. Cuba ungatkan semula pernahkan anda memujinya. Kedua-dua hal itu ialah hadiah cenderahati yang sering tidak dilupakan.
7. sedia mengalah
Tidak semua masalah boleh menjadi bahan pertengkaran apatah lagi sehingga menjadi pergaduhan yang hebat. Seharusnya anda perlulah pertimbangan, apakah wajar sebuah hibungan cinta dikorbankan sehingga menjadi kucar-kacir hanya disebabkan persoalan itu? Apabila anda memikirkan hal ini, bermakna anda telah bersiap sedia untuk memberikan cenderahati kepadanya atas sebab sedia mengalah. Anda tentu akan merasa kesal atau marah jika si dia tidak menepati janji, tapi jika kesalahan itu ialah kali pertama, kenapa itu dijadikan punca pertengkaran anda hingga berlarut-larutan? Kesediaan anda untuk mengalah juga dapat meluntur rasa sakit hati dan menyedarkan kita bahawa tidak ada satupun manusia yang sempurna di dunia ini.
8. senyum
Percaya atau tidak, snyuman mempunyai kekuatan
Kejujuran Bukti Cinta Sejati
Justeru, apabila mengingatkan kisah percintaan lama, pasti ramai di antara kita yang tersenyum sendiri. Bagi lelaki dan wanita, mereka tentu mempunyai kisah percintaan sendiri yang kadangkala jika ditulis boleh dibuat novel.
Ada yang kecewa akibat bercinta mengambil keputusan terus membujang sehingga tua, seolah-olah cinta pertama itu terlalu agung dan tidak boleh diganti dengan percintaan lain.
Namun, bagi kebanyakan kita, jodoh pertemuan ketentuan Ilahi. Justeru, apabila gagal dalam percintaan pertama, kedua dan seterusnya, masih ada ruang untuk mengubat kedukaan itu.
Apabila menjadi suami isteri, kadangkala teringat juga kisah percintaan lama. Ada di antara kita yang berani untuk memberitahu pasangannya mengenai cerita cinta yang pernah ditempuhi dan bagi yang lain menyimpan dalam memori sendiri.
Setiap orang pasti memiliki kisah masa lalu, sama ada buruk atau indah. Timbul persoalan? adakah kisah masa lalu yang buruk itu perlu diceritakan kepada kekasih kita?
Adakah jika diceritakan akan membuktikan betapa dalamnya cinta anda dan pasangan? Atau adakah dengan membuka cerita cinta lama itu akan merosak dan memporak-porandakan hubungan anda?
Ada yang berkata, jika anda tidak menyampaikan kisah cinta masa lalu, maka anda akan menjadi seorang pembohong di hadapan orang yang anda cintai dan anda tidak mungkin dapat mencintainya sepenuh hati.
Ini berlaku terutama kepada pasangan yang berkomitmen untuk bersama-sama selamanya, justeru setiap orang berhak mengetahui kisah pasangan yang dicintainya itu.
Namun, sebelum anda ingin menceritakan kisah percintaan masa lalu, pastikan pasangan anda bersedia menerima segala masa lalu anda dan melupakannya!
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.
Tips Memujuk Pasangan Merajuk
Saya percaya setiap pasangan akan mempunyai masalah ini. Tidak kira sama ada anda telah berkahwin ataupun sedang berkapel. Jika tidak berlaku merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya. Tetapi, sekiranya si Dia merajuk. Apakah yang anda akan lakukan?
Kenapa merajuk?
Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.
1. Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.
2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.
3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.
Bagaimana nak pujuk?
Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.
1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah (baca tentang 5 Tips Dalam Berpasangan) dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.
2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.
3. Ucapkan kata-kata “manis”
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini.
4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha…tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya
Tips Untuk Pasangan Bercinta
Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.
2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu
Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.
3. Romantis
Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.
4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda
Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.
5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi
Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan… ..??
6. Jangan merendahkan pasangan anda[/B][/COLOR]
Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?
7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi
Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?
8. Usahakan untuk selalu berada disisinya
Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka… .
9. Komunikasi
Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.
10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda
Cukup jelas…
Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.
11. Jujurlah selalu
Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.
30 Adegan Romantik
- menikmati pemandangan indah matahari terbenam bersama-sama
- berduaan berjalan di dalam hujan
- berjalan berpegangan tangan
- bunga ros dijadikan sebagai simbol cinta kamu dan si dia
- kenalpasti wangian atau perfume kegemaran si dia dan memakainya setiap kali bersama
- berjalan menyusuri pantai di tengah malam
- menulis puisi cinta buat si dia
- pelukan penawar kesedihan yang paling mujarab
- saling bertukar hadiah, bunga, coklat setiap kali bertemu
- katakan padanya si dia adalah kekasih yang kamu impi-impikan
- sentiasa meluangkan waktu bersama
- dengan penuh mesra angkat dagunya, pandang matanya dan katakan kamu menyintainya
- letakkan sekeping nota di poketnya tanpa dia sedari
- belikan dia seutas cincin istimewa tanda cinta kamu dan dia
- menyanyikan lagu cinta untuk sidia
- makan malam bersama dalam suasana yang penuh romantik
- pegang tangannya, pandang tepat pada matanya, cium tangannya dan letakkan dihati kamu
- menari bersama-sama
- pinjamkan bahumu setiap kali si dia dalam kesedihan
- satu hari cuba kamu hubungi lima minit sekali dan katakan kamu terlalu merinduinya
- berkongsi impian bersama si dia
- jadi prince charming untuk orang tuanya
- keluar dengan teman-temannya
- bawa si dia menonton filem romatik kegemarannya
- sentiasa belajar dari kesilapan dan tidak pernah mengulang kesilapan yang sama kedua kali
- sentiasa memberitahunya perasaan kamu ketika si dia disisimu
- sanggup berkorban apa jua demi melihat si dia sentiasa tersenyum
- belajar meluahkan perkataan-perkataan yang indah dalam bahasa lain dan tunjukkan perkataan tersebut untuk si dia
- sentiasa melindungi si dia andai ada yang cuba bersikap kasar
- tidak pernah lupa untuk memberi kucupan selamat malam dan ucapan sweet dream.
Wednesday, December 23, 2009
Camne Nak Mulakan??
1) Duduk bersendirian dan bersandar serta kosongkan fikiran..cuba kenangkan semula perasaan pertama dan istimewa yang kita alami semasa di alam awal percintaan dengan pasangan hidup kita yang sekarang ni. Jangan pula terkenangkan 'ex-boyfriend' atau 'ex-girlfriend' yang lama-lama...jangan cuba cari masalah! Cuba wujudkan perasaan yang sama sekarang juga, terutama sekiranya sekarang berada dengan pasangan kita. Okay, now...buat apa nak buat...nak peluk ke, nak cium ke...nak pegang tangan ke...atau nak senyum sambil renungkan atau ke...sampai pasangan kita rasa pelik dan kurang selesa. Ops, kalau pasangan anda jadi marah, jangan salahkan RH...mungkin cara anda senyum tak betul kot....instead of senyum sayang...anda senyum kambing...apa tak kena marah. Buat yang tak berada dengan pasangan anda sekarang, bila dah wujudkan perasaan sayang...teruslah anda telefon isteri atau suami tercinta...kalau diaorang terus jawab...bercakaplah dengan nada yang lembut dan tunjukkanlah perasaan anda dengan memberitahu anda rindu padanya atau kalau malu nak mula...cakaplah rindu pada apa yang pasangan kita pernah buat pada kita yang kita suka. Itu tandanya menghargai segala kasihsayang pasangan kita. Tetapi pada yang tak berjaya cakap terus dengan pasangan, tak angkat telefonlah contohnya...lagi senang kot...tinggal saja sesuatu pesanan yang romantik di 'voice message' telefon tu. Dan kalau semuanya tak berjaya...yang paling mudah ambil sekeping kertas dan pen, tulislah sesuatu yang romantik dan simple dan serahkan pada pasangan kita mengikut kekreatifan masing-masing. RH dah penat otak nak fikirkan cara-cara dan method untuk point di atas untuk dikongsi di sini...
10 Tips Menjadi Seorang Yang ROMANTIS
Tips 1
Jangan segan silu meluahkan rasa sayang kamu pada si dia. Tapi biarlah ianya datang dari hati yang ikhlas. Jangan hipokrit tau!
Tips 2
Jika si dia merajuk, tak salah kalu kamu memujuknya. Hati cepat sejuk bila mendengar pujukan kamu.
Tips 3
Renungi mata si dia bila kamu berhadapan dengannya. Pastikan si dia menyedari cahaya cinta melalui mata kamu.
Tips 4
Bercakap secara lembut dengan nada suara yang rendah dan teratur. Elakkan dari meninggikan suara atau ketawa dengan kuat. Biarlah menjadi'soft-spoken'.
Tips 5
Sentiasa memimpin tangan si dia ketika berjalan seiringan. Biarlah si dia rasa selamat berada di sisi kamu.
Tips 6
Sesekali apa kata kalau kamu membelikan si dia hadiah istimewa buat si dia. Biarpun murah, janji pemberian itu ikhlas.
Tips 7
Sering mengambil berat akan si dia tapi janganlah sampai mengongkong. Nanti si dia akan boring dengan sikap kamu itu.
Tips 8
Selalu berpakaian sedondon ketika keluar bersama. Contohnya, jika si dia pakai baju merah, kamu pun turut memakai pakaian berwarna merah.
Tips 9
Kunjungi tempat-tempat yang boleh menimbulkan mood yang romantik. Contohnya di tepi pantai atau kawasan peranginan.
Tips 10
Lemparkan senyuman yang paling manis buatnya ketika berjumpa. Pastikan senyuman itu mampu mencairkan hatinya.
Semoga anda dapat mempraktikkan tips ni yer.. :)
Tips Rumah Tangga Romantik
1) “Nak panjang pendek-pendekkan, nak pendek panjang-panjangkan”..
bermaksud..kalau nak hubungan suami isteri tu berpanjangan..kalau gaduh ke apa ke..pendek-pendekkan rajuk..buangkan marah…cepat berbaik semula..
2) Sekiranya berpeluang pergi ke tepian pantai, kebetulan pula pantai itu berhadapan matahari naik (tak sesuai tengok matahari terbenam-waktu maghrib), duduklah sambil memerhatikan matahari naik. Selepas pasangan anda duduk di tepi pantai itu, lorekkan bentuk hati di sekeliling tempat bakal anda duduk.
3) Selepas pasangan anda pulang dari kerja pasti dia keletihan. Tawarkan dia mandi air panas. Sekiranya tiada kolam sediakan satu kerusi dengan dua baldi air panas. Satu baldi untuk rendaman kaki, dan satu lagi untuk mandian. Lebih manis lagi jika diletakkan sedikit haruman aromatherapy dan anda yang memandikan pasangan anda. Seterusnya berilah peluang kepada dia untuk melelapkan mata dengan memberi ciuman hangat sebelum dia terlena. Pasangkan penghawa dingin atau kipas supaya dia selesa dalam lenanya. Sekiranya anak-anak ada bersama, bawalah mereka bermain di tempat lain.
4) Bercuti berdua……rasanya ramai yang tak gemar kalo tanpa
anak-anak kan…..tapi kekadang ia dapat ‘refresh’ kembali hubungan
suami isteri…
5) Beri bunga . Beri bunga kat suami pun okay apa, kalau suami tak suka bunga gantikan dengan benda lain.
6) Lepak kat coffee house sambil berbual-bual…..rasanya saat ni paling seronok….macam first dating plak…
7) Tinggalkan nota ringkas untuk isteri/suami. Lekat kat cermin solek atau depan pintu. Bolehlah tulis apa-apa jer tak semestinya I love you atau I miss you saja. Contohnya kalau suami pergi ke pasar dan tak nak bangunkan isteri bolehlah tinggalkan nota macam ni “Abang keluar kejap. Sayang jaga diri bebaik. I love you…”. Supaya bila isteri bangun tak ada lah tercari-cari suami sampai kat luar rumah tu.
Kalau jalan-jalan berdua pegang tangan macam orang tengah bercinta dan jangan lupa peluk pinggang.
9) Salah satu cara nak eratkan kasih sayang suami isteri ialah setiap hari pastikan kita peluk pasangan kita selama 30 saat (kalau lebih pun takpe)
10) Setiap kali berdoa selepas solat, doakan DIERATKAN SEERAT-ERATNYA perhubungan kita dgn suami.. sebab biasanya kita berdoa agar keluarga bahagia je.
11) Semasa memasak/ bancuh air - kalimah YA WADUD (Yang Maha Pengasih) iaitu salah satu dari Asmaul Husna kita ucapkan berkali seakan-akan sebati dgn masakan kita tadi.
12) Ayat terakhir ALI IMRAN : lebih kurang gini.. YA AIYYUHALLAZI NA’AMANUSBIRU WASOBIRU WAROBITU WATTAQULLAHALA’ALLAKUM TUPSIRUN.. (Sila rujuk Al-Quran utk bacaan yg betul). Kita lafazkan acapkali sambil pejamkan mata dan bayangkan muka orang-orang yang kita sayang.. suami dan anak-anak. Atau..semasa mereka tido kita ucapkan dan hembus ke ubun-ubun mereka yang sedang nyenyak tu.
10 Perkara Romantik Yang Anda Patut Buat
2.Jalan berdua-duaan ketika hujan. Lagi romantik bila si lelaki menggunakan jaketnya untuk dijadikan payung.
3.Mendendangkan lagu(apa2 jenis lagu, lagu cinta lagi best), biarpun suara kita tidak semerdu buluh perindu.Yang penting dengan sepenuh jiwa.
4.Membawa pasangan anda ke tepi pantai saling berpegangan tangan berjalan di gigi air, Tulis nama anda dan pasangan anda di atas pasir. Boleh di aplikasikan dengan point yang pertama.hehe
5.Di saat anda bergaduh, beli hadiah untuk pasangan anda tanpa memberitahunya, kemudian bila bertemu anda meminta maaf dan memberi hadiah itu kepadanya, confirm pasangan anda akan terharu. Anda lebih bertolak ansur.
6.Sentiasa di sampingnya ketika dia mengalami masalah, dengar masalahnya, nasihatinya dan cuba berlembut dengannya.
7.Pastikan setiap pagi anda mengucapkan selamat pagi , dan begitu juga di waktu malam, walaupun perkara ini mudah, tapi memberi kesan pada pasangan kita, menunjukkan kita mengingatinya setiap masa. Kadang-kadang boleh terbawa ke dalam mimpi kita:)
8.Bawa pasangan anda makan terutamanya makan malam, tidak semestinya di restoran mahal, yang penting anda berdua, pandang matanya ketika anda sedang berbual.
9.Sambungan point ke 8, jika ingin lebih romantik, suapkan pasangan anda dengan sudu mahupun tangan.
10.Jika anda selalu berdua kemana sahaja, apa salahnya anda mengambil gambar bersama, tidak kira di mana, depan tandas pun ok gak.hehe. Ini merupakan kenangan anda sampai bila-bila, di saat anda rindu, gambar akan mengubatinya. Takpun, bila kahwin nanti, mesti romantik melihat gambar-gambar anda time bercinta dahulu.
Bilik Tidur Romantik
Bilik tidur yang di hias indah mampu membangkitkan ketenangan. Bagaimanapun ramai juga yang buat tak endah dan hanya menghias ala kadar sahaja.
Bagi pasangan yang sudah berkahwin, bilik tidur haruslah bersih dan wangi untuk menyambut si dia.
Apa kata jika anda masih belum menghias bilik tidur anda sebelum ini untuk mencuba tips -tips berikut :-
• Cat menggunakan warna yang romantik seperti warna merah jambu, ungu atau peach. Sebaiknya gabungkan dengan sedikit satu ruang dengan warna lain supaya kelihatan lebih menyerlah. Jika anda menggunakan wall paper, jangan terlalu sarat hingga mengundang rasa lemas sebaik saja anda melangkah masuk.
• Warna langsir selaras warna dinding. Warna harus berpadanan dengan warna dinding anda dan menggunkan material yang jenis lembut dan ringan.Jika anda suka menggunakan motif floral di bilik tidur, gunakan corak yang berbunga kecil.
• Bangkitkan mood dengan cadar yang sesuai. Jangan pula anda menggunakan cadar bercorak gambar ikan , gajah atau kartun Pilih cara yang boleh mebangkitkan mood dan suasana romantik seperti warna-warna yang sekata dengan warna dinding dan langsir.Sembur sedikit pewangi untuk rasa lebih romantik dan nyaman.
• Gunakan lilin aromaterapi. Jika anda suka anda boleh menggunkan lilin aromaterapi tetapi awas agar tidak terlalu dekat dengan langsir. Dah terbakar nanti susah pulak satu rumah
• Aksesori sebagai pelengkap bilik tidur seperti gantungan bunga atau frame gambar lukisan anda berdua bersama suami. Letakkan juga seberkas bunga segar untuk lebih ‘hidup’.
Pastinya anda akan rasa tak sabar melangkah ke bilik tidur sebaik pulang dari kerja.
10 Cara Romantik Untuk Meminta Maaf
Sekiranya pasangan anda merajuk disebabkan sedikit perselisihan faham yang terjadi, sudah pasti anda memerlukan masa yang agak lama untuk memujuknya.
Namun jangan susah hati kerana di sini diperturunkan 10 kaedah untuk memujuk pasangan yang merajuk dengan cara yang paling romantik. Kaedah ini jika digunakan sebaiknya pasti akan berjaya.
Walau bagaimanapun, segalanya bergantung kepada kejujuran serta tahap usaha yang anda tunjukkan. Ini kerana mereka yang merajuk selalunya suka dipujuk dan dirayu sebagai tanda anda menghargai mereka serta menyesali perbuatan yang telah lalu.
Oleh sebab itu, jika teknik pertama tidak berjaya, gunakan teknik kedua dan seterusnya. Lambat laun, hati si dia pasti akan cair dan dapat memaafkan anda.
1. Hulurkan sejambak bunga ke rumah atau ke pejabatnya. Jangan lupa selitkan sekali kad ucapan yang ditulis kata-kata indah untuk memujuknya. Lebih romantik jika bunga pilihan anda, adalah bunga kegemaran si dia.
2. Coklat boleh memberikan ketenangan kepada mereka yang sedang berduka lara. Jadi, hadiahkan kepadanya sebagai tanda anda memohon maaf. Paling romantik jika coklat tersebut anda suapkan ke mulutnya sebagai tanda anda begitu mencintainya dan tidak boleh hidup tanpanya di sisi.
3. Tulis sebuah kad ucapan yang memuatkan 10 sebab mengapa si dia perlu memaafkan anda. Sebab pertama sudah tentulah kerana kamu amat mencintainya dan tidak mahu kehilangannya. Pasti si dia berbahagia apabila membaca kad ucapan yang ringkas tetapi cukup menyentuh hati itu.
4. Bagi mereka yang agak jiwang atau meminati muzik, apa kata kamu tujukan sebuah lagu kepadanya melalui radio kegemaran anda berdua dengan ucapan memohon maaf. Tambah romantik jika anda sendiri yang menyanyikan lagu tersebut. Si dia yang mendengar sudah pasti sangat terharu dan menghargai kesungguhan anda memohon maaf.
5. Jika berkesempatan, tunjukkan kemahiran memasak anda. Sediakan menu kesukaannya dan layanlah si dia sebaik mungkin. Dengan layanan yang baik serta hidangan yang lazat, si dia pasti akan melupakan rajuknya.
6. Bagi mereka yang berkemampuan, bawalah pasangan anda yang merajuk itu ke pusat-pusat percutian kegemarannya yang mampu memberikan ketenangan. Dengan suasana yang nyaman, si dia pasti lebih mudah mendengar penjelasan yang anda mahu berikan serta memaafkan anda. Bagi mereka yang kurang mampu, ajaklah si dia ke lokasi yang banyak menyimpan kenangan manis di antara anda berdua.
7. Imbas kembali kenangan-kenangan manis yang tercipta di antara anda berdua. Dengan kenangan manis tersebut, mohonlah maaf secara ikhlas dan nyatakan kekesalan anda di atas segala masalah yang terjadi. Tidak salah jika sesekali anda mengalah demi insan yang tersayang. Apa yang penting hubungan cinta yang terjalin tidak putus di pertengahan jalan.
8. Hantarkan sekeping kad memohon maaf dan sekuntum bunga ke kediamannya sebelum dia keluar bekerja. Si dia pasti akan terharu melihat kesungguhan anda yang sanggup bangun awal pagi semata-mata untuk menyatakan maaf. Jika si dia telah memaafkan anda, ambil kesempatan itu untuk menghantarnya ke tempat kerja dan elakkan perbualan ke arah punca perselisihan faham yang terjadi sebelum ini.
9. Ada juga individu yang tidak mempercayai daya tarikan yang ada pada sekeping kad atau sejambak bunga untuk meminta maaf. Kalau begitu gunakan kata-kata indah yang paling romantik untuk memohon maaf. Paling penting hadir dengan wajah yang ikhlas serta senyuman yang jujur. Harus diingat, wajah mereka yang terpaksa sangat mudah kelihatan dalam situasi seperti ini.
10. Cara terakhir, apa kata anda hantarkan SMS atau emel yang mampu membuatkan si dia ketawa. Dalam masa yang sama, turut selitkan kata-kata maaf agar si dia dapat memaafkan anda. Mood yang baik serta suasana yang ceria mampu mengembalikan rasa percaya si dia kepada anda. Tetapi awas, jangan ulangi kesilapan yang sama buat kali kedua.
ANDA MENCARI SESUATU??? TAIPKAN KEYWORD ANDA DI SINI
VIDEO BEST KHAS UNTUK KORANG
Lagu Romantik
Powered by eSnips.com |